Kesan lebam dan calar di bahagian perut wanita ini kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini.
Menurut Leah Lewis, 21, dari Newhall, Derbyshire, dia percaya hal itu ada kaitan dengan aktiviti paranormal.
Seorang perawat turut dipanggil ke rumah gadis itu.
"Saya tak rasa apa-apa ketika mandi sehingga saya perasan kesan calar itu," ujarnya dipetik dari Daily Star.
Kata Leah, dia terpaksa memanggil pakar rawatan alternatif untuk 'membersihkan' rumahnya.
Ujarnya, tak mungkin kesan calar itu berlaku atas perbuatannya sendiri.
Menurut perawat itu, terdapat roh yang mengekorinya dari tempat kerja, manakala ibunya berkata, Leah juga seolah-olah 'terbuka hijab' apabila mampu melihat benda-benda yang tak dapat disaksikan orang biasa.
Sumber: mStar |