Ada pepatah berbunyi, ada ubi ada batas, ada budi ada balas.
Barangkali, peribahasa itu sesuai menggambarkan ‘kebaikan dibalas kebaikan’ yang diterima pelakon Syafie Naswip apabila trofi Festival Filem (FFM) ke-25 yang sudah dijual akan kembali menjadi miliknya.
Kredit foto: IG Abam/Syafie
Menurut satu hantaran status dimuat naik individu bernama yang menggunakan nama Abam Peah dalam Instagram, trofi berharga RM10,000 itu akan dikembalikan semula kepada Syafie.
Kredit foto:
Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang memberikan pujian kepada Abam Peah yang juga seorang ahli perniagaan itu.
Terdahulu, Syafie telah berjaya menjual trofi kemenangan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang diperolehnya ketika FFM25 kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Abam Peah dengan nilai RM10,000.
Pelakon drama Budak Tebing itu turut memohon mana-mana pihak supaya tidak salah anggap bahawa tindakannya menjual trofi untuk mendapat populariti.
“Jangan salah anggap. Saya bukan nak popular. Memang saya nak tolong setakat mana yang saya mampu. Saya tidak ada harta untuk dikongsikan,” katanya.
Pengorbanan itu dilakukan Syafie, 29, bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda di negara ini.
Sumber: K! ONLINE
|