View: 6046|Reply: 31
|
Konflik Caprice-UEL, Ustaz Abu Syafiq Pun Nak Menyelit Juga
[Copy link]
|
|
Makin ramai pihak bersuara mengenai konflik Ebit Lew dan Caprice berhubung misi bantuan di Palestin.
Kredit foto: IG
Ini termasuklah penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang pernah mencetuskan kontroversi dengan membuat sindiran terhadap pendakwah kesayangan rakyat Malaysia itu.
Malah, Abu juga memuat naik video mengulas mengenai Caprice yang pernah mengkritiknya sebelum ini.
Dia juga mendakwa Caprice pernah memfitnah dan melaga-lagakannya dengan seorang pendakwah.
"Kalau saya nak saman Caprice ni. saya rasa saya menang dimahkamah, tapi saya tak saman orang yang baik," ujarnya.
Dalam hantaran di Instagram, Abu menyifatkan apa yang berlaku kepada Ebit ketika ini adalah satu 'kaffarah' atas apa yang pernah dilakukan terhadap dirinya sebelum ini.
Malah, dia sebelum itu dia memaklumkan akan mengadakan satu sesi live bagi membincangkan isu berkaitan Ebit, Caprice dan Nadir Al-Nuri.
Kredit foto: IG
Namun, rata-rata warganet dilihat muak dengan tindakan Abu yang disifatkan kebudak-budakan dan meraih publisiti.
Cukup-cukuplah mencurah minyak ke dalam api yang membara. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiada tabung dibuka untuk misi ke Gaza - Ebit Lew
Ekhwan Haque Fazlul Haque
Kuala Lumpur: Aktivis kemanusiaan, Ustaz Ebit Lew hari ini tampil menafikan tuduhan terhadapnya berkaitan kunjungannya ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.
Dalam sesi sidang media itu, Ebit memberi penjelasan beberapa perkara dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman dan penyanyi rap, Caprice.
Ebit berkata, semua perbelanjaan yang digunakan termasuk pembelian ubat, barangan keperluan dan kos sepanjang di Mesir dan Gaza hanya menggunakan wang sendiri dan sumbangan beberapa rakan rapat yang enggan identiti mereka didedahkan.
Beliau berkata, dakwaan kos misi itu menggunakan duit sumbangan orang ramai juga ternyata fitnah kerana tiada tabung dibuka untuk misi ke negara bergolak itu.
"Saya pergi dengan wang sendiri serta sumbangan rakan rapat malah tiada tabung dibuka untuk misi bantuan Gaza," katanya, hari ini.
Menurutnya, kertas kerja yang diberikan Nadir kepada seorang ahli pasukannya dikenali sebagai Ustaz Zul hanya serbut harga bantuan makanan bukan prosedur untuk masuk ke Gaza.
Beliau berkata, selepas menunggu lebih 30 hari akhirnya dia dan kumpulannya dibenarkan masuk dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Mesir bersama sebuah syarikat pelancongan.
"Kami diminta untuk bayar AS$2,500 (kira-kira RM10,565) seorang untuk masuk bagi kos pengangkutan yang diuruskan seorang ejen perisikan Mesir.
"Ada syarikat lain sebelum itu yang tawar khidmat sama namun perlu membayar RM40,000 seorang dan ia begitu besar jumlahnya menyebabkan saya cuba mendapatkan alternatif lain.
"Saya juga tidak mengenali syarikat Hala yang dinyatakan Nadir kerana tidak pernah berurusan dengan sesiapa dari syarikat berkenaan untuk masuk ke Gaza," katanya.
Dalam sidang media itu juga, Ebit menafikan dia bersikap biadap dengan Nadir kerana dia mendakwa tidak menyedari kehadiran lelaki itu kerana tergesa-gesa untuk menunaikan solat selepas tiba di Gaza yang mengambil masa 21 jam dari Pintu Rafah, Mesir.
Katanya, perjalanan ke Gaza perlu menempuh 21 pos pemeriksaan tentera selain diiringi 12 kereta kebal sebagai langkah keselamatan.
"Barangan yang dibeli di Kaherah juga ada yang sudah tiba di Gaza pada Aidiladha lalu dibawa oleh Pasukan Palang Merah Mesir dan disiarkan menerusi Facebook (FB) kerajaan Mesir.
"Saya bersyukur kerana ubat dan barang keperluan lain biasanya ambil masa sehingga enam bulan untuk tiba kerana hanya Pasukan Palang Merah Mesir dibenarkan membawa bantuan ke Gaza," katanya.
Dalam pada itu, Ebit turut menafikan tuduhan dia mencium kaki seorang menteri di Gaza sebelum pulang ke Mesir.
Katanya, perbuatan itu ternyata bertentangan dengan akidah umat Islam malah dia menerima layanan yang baik dari menteri dan timbalan menteri di Gaza.
Tambahnya, dia juga tidak melarikan apa-apa dokumen untuk misi Gaza seperti dituduh Caprice baru-baru ini.
"Dia (Caprice) ada kata misi ini membabitkan saya, dia, Neelofa dan suaminya Haris namun tiada perbincangan lanjut dibuat kami mengenai perkara ini.
"Tuduhan saya bawa lari dokumen untuk pergi ke Gaza bersendirian juga tidak benar. Untuk apa saya larikan dokumen itu?," katanya.
Ebit juga meminta Nadir tampil menjelaskan bagaimana wang sumbangan RM20 juta yang diterima untuk pembangunan Gaza didedahkan.
"Bantuan saya di Gaza pula menggunakan wang sendiri dan sumbangan rakan rapat," katanya
Disiarkan pada: Julai 22, 2021 @ 4:29pm
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu apa ustaz ni dulu ya? Lupa dahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh la korang....gaduhhhhhh....
Rosak imej agama yg korang bawak
Sekarang ni sesama pendakwah bergaduh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku mohon semua PU, Imam Muda or Ustaz sekalian alam xpayah masok cmpur hal diorg. Xperlu nk interfere sgt laaa. Mencapap nk bg dalil itu ini. Duk diam je. Sibuk nk mencapapnk bg hujah mcm sendiri tu always right. |
|
|
|
|
|
|
|
Musim org2 berkopiah berbalah ke ni. Sejak covid ni banyak pulak isu2 org2 berkopiah no ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2 la tu. sedih la org berkopiah ni sampai ke merata ceruk dunia mmg suka merendahkan org lain. Takut weh kenal dgn org2 so called alim luaran ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesape tanya pendapat dia ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar la die nak menyelit gak.sebab pernah rasa kena fitnah.
Tapi iols nak muntah dah rasa asyik cerita pasal dewasayu ni. Hati iols masih hitam. Koh2
|
|
|
|
|
|
|
|
Mencapub jgkkkk.... Burrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Sure perasit sekor ni akan hentam UEL.. Memang dh taram lama ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kan yg nak saman Us Amin Idris, tapi tak tau ape sudahnya. Jadi naik mahkamah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Muak Aku bace cite pasal dewasayu,topinasi n others. Pegi FB cite diorg. Pegi ig cite diorg. Masuk group wassap pon cite same. Left terus group. Meluattt |
|
|
|
|
|
|
|
bersambung lagi drama kemelut ketayap
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada berdebat ngan Ust Salman Ali.......... |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle replied at 22-7-2021 11:20 PM
Dia ni ada berdebat ngan Ust Salman Ali..........
Kes maki hamun n fitnah maza. Nasib xkena saman tinggal apender |
|
|
|
|
|
|
| |
|