|
Sembilan individu termasuk kakitangan hospital awam ditangkap di Peru dipercayai 'menjual' katil unit rawatan intensif (ICU) kepada pesakit Covid-19 yang terdesak dengan harga ribuan dolar, kata polis dan pendakwa pada Khamis.
Sembilan individu itu yang juga termasuk pengarah badan bukan kerajaan (NGO) perawatan pesakit, ditangkap pada Rabu dan tiba di mahkamah pada hari berikutnya.
Pendakwa Reynaldo Abia memberitahu wartawan bahawa siasatan dibuka selepas aduan daripada seorang wanita yang mempunyai ahli keluarga dijangkit Covid-19 dan membayar untuk katil bagi pesakit itu.
Foto: AFP
Kumpulan itu didakwa meminta 82,000 sol (kira-kira RM87,705) bagi kemasukan orang yang dicintainya ke dalam senarai menunggu untuk mendapatkan katil itu di hospital Guillermo Almenara, di sini.
Peru terjejas teruk akibat pandemik ini dengan hospitalnya mengalami tekanan awal tahun ini dan bekalan oksigen hampir habis.
Pada April lalu, negara ini mempunyai 15,547 pesakit Covid-19 di hospital pada satu ketika yang menurun kepada kira-kira 7,000 orang hari ini.
Dengan kira-kira dua juta jangkitan dan hampir 200,000 kematian, Peru adalah negara di dunia dengan kadar kematian Covid-19 tertinggi.
"Adalah menjijikkan seseorang boleh berniaga katil ICU. Saya percaya hukumannya harus drastik," kata Menteri Kesihatan Oscar Ugarte. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|