CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5929|Reply: 23

Bendera Putih Man Kidal- Dijangkiti Covid-19, Dah Dua Tahun Tak Kerja

[Copy link]
Post time 23-7-2021 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah perkembangan terkini pemain gitar legenda, Man Kidal, 57, yang bukan sahaja disahkan positif COVID-19, malah berdepan kesempitan hidup akibat tidak bekerja lebih setahun lalu.


Berkongsi perkara itu, isteri Man Kidal, Norlaila Yusof mendedahkan hidup mereka sukar sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac tahun lalu apabila kerajaan melarang aktiviti persembahan terbuka demi mengawal penularan COVID-19.


Norlaila yang juga pengurus Man Kidal memberitahu, suaminya yang menjadikan bidang muzik sebagai periuk nasi, hilang pendapatan akibat tiada 'job'.


Foto: IG






"Dalam situasi sekarang, saya rasa sedih dengan nasib menimpa suami. Sudahlah hampir dua tahun tidak dapat bekerja, sekarang dijangkiti COVID-19.


"Terus-terang, kami memang mengharapkan bantuan seikhlas hati daripada mana-mana pihak.


"Tidak kisahlah apa sahaja bantuan yang bakal dihulurkan. Dengan keadaan abang Man yang dijangkiti virus COVID-19 dan tidak berkerja, kami terima sahaja.


"Lagipun, sepanjang pembabitan abang Man dalam bidang seni, belum pernah kami meminta bantuan daripada mana-mana pihak. Kalau ada pun, tak pernah dapat," luahnya kepada BH Online.




  



Disebabkan tidak dapat bekerja, Norlaila memberitahu, suaminya berusaha mencari ikhtiar lain untuk meneruskan kelangsungan hidup termasuk berniaga dan melakukan projek tertentu yang boleh menampung kehidupan.


Bagaimanapun, usaha itu terbantut disebabkan pandemik COVID-19.


"Kali terakhir abang Man buat persembahan adalah pada 2019 di Singapura. Apabila tidak boleh bekerja, duit simpanan yang ada kami gunakan untuk dijadikan modal perniagaan.


"Selain itu, abang Man ada menjalankan beberapa projek termasuk kolaborasi dengan bekas gitaris kumpulan Search, Hillary Ang.


"Bagaimanapun, pandemik ini menyebabkan perniagaan terjejas dan projek yang dijalankan tertangguh. Duit sudah banyak keluar tetapi yang masuk langsung tiada.


"Tetapi kami faham dalam keadaan hari ini, memang ramai yang terkesan. Sebagai antara mereka yang terkesan, kami memang mengharapkan ada pihak yang simpati dan sudi menghulurkan bantuan," pinta wanita berusia 57 tahun ini.




  



Beralih kepada perkembangan terkini mereka, Norlaila yang terlebih dahulu disahkan positif COVID-19 memaklumkan kesihatannya beransur pulih berbanding suami.


"Tahap kesihatan saya okay sedikit berbanding suami yang masih lemah dan tidak bermaya. Keadaan abang Man agak teruk kerana demam panas dan dia menjadi tidak tentu arah disebabkan sakitnya itu.


"Mujur dia tidak mengalami sesak nafas. Sepatutnya kami kena pergi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati.


"Memandangkan keadaan di situ teruk dan ramai orang, kami memilih untuk tinggal di rumah memanggil doktor untuk membuat pemeriksaan.


"Doktor menasihatkan kami untuk kuarantin kendiri di bilik masing-masing. Bagaimanapun jika berlaku kecemasan terutama jika ada di antara kami mengalami sesak nafas, dia meminta kami untuk menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan segera," katanya.




  



Berita Man Kidal atau nama sebenar, Rahman Mahmood dan Norlaila dijangkiti virus berbahaya itu disahkan anak bongsunya, Nur Syahirah Rahman, Isnin lalu.


Nur Syahirah dilaporkan berkata, bapanya disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan di sebuah klinik swasta kerana menjadi kontak rapat kepada ibunya.


Nur Syahirah berkata, ibunya mengalami demam berpanjangan dan batuk sejak minggu lalu. Selepas menjalani ujian saringan COVID-19, ibunya disahkan positif COVID-19 dan diminta menjalani kuarantin kendiri di rumah.


Tambahnya, selain ibu bapa, bapa saudara dan dua anak saudara juga membuat ujian calitan kerana tinggal serumah.


Aktif sejak 1979, nama Man Kidal digunakan kerana bermain gitar dengan tangan kiri. Menubuhkan kumpulan Lefthanded.


Kali terakhir tampil sebagai pemuzik undangan bagi lagu Sumpah dendangan Naim Daniel pada 2019. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Layak ka utk sumbangan, tgk mcm org ada2 jugak, tgk la yg marhen pun sangup pajak gadai apa yg ada, x dak plka yg nak bantu lg susah ha
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 01:23 PM | Show all posts
untung jadi artis sbb surat khabar boleh cover story....
insyaAllah nanti ada insan2 yang membantu..
alhamdulillah...

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 dulu enjoi tak hengat kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis tolong retis laa..
Kata kayangan golongan retis ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 01:49 PM | Show all posts
Setuju dengan semua komen di atas..
Tahap 'susah' dia lain machiam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah sampai ke media, ada la tu yang tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 04:43 PM | Show all posts
mayb cara susah dia spt t20. kita tak nmpk kn.....myb la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ye le Kak Nor
Kak Nor sihat? kalo jmpe dia ni dulu, kemain peramah sgt.kelakar pun ye gak
ada la dia penah borak satu kisah retis ni dgn aku..sbb dia kenal rapat dgn retis tu......kemain aku gelak mcm nk mati bila ingat balik kisah tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 04:49 PM | Show all posts
susah la nak cakap..even si jijang hidung tu pn menyesal skang taknak beli aset masa tengah top sbab skang dia mnyesal beli ferrari tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:36 PM | Show all posts
Sebelum ni ada jugak kot dapat duit poket...main muzik ngan Rashib Rasta kat Salai Master.
Tapi tu la..collection pun dr pengunjung..berapa sen sorang je la dapat pun. Skrg pun mana boleh buat live lagi.

Tapi dia ni kawin muda, kan. anak2 pun dh besar...takan x leh tolong
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 23-7-2021 04:49 PM
susah la nak cakap..even si jijang hidung tu pn menyesal skang taknak beli aset masa tengah top sbab ...

Ler dia takde beli umah ke? Dah tu selama ni duk mana? Sayangnya duit kepuk2 boleh beli umah cash jaa weh.
Rasa byk lg duit dia drpd budak marsya masitah tu tp budak tu dah ada 2 biji umah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 23-7-2021 05:49 PM
Ler dia takde beli umah ke? Dah tu selama ni duk mana? Sayangnya duit kepuk2 boleh beli umah cash  ...

Xtau la tah2 dok uma sewa cam acik royani tu..kemain knon dok uma mhal2 ujung2 kantoi tu rumah sewa je
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis kebanyakan camni la..saving ke laut...idop joli xingat..kena covid ramai yg xleh move on...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
covid ni mmg mmberi kesan pd semua kn i rasa tp ada jer yg xterjejas langsung..abg & adik i punya company x terjejas langsung siap dpt bonus bagai..ni mnc la i ckp..jeles bethol..
yg mmg kaya bebethol2 kaya pun xterjejas kan..
artis mcm man kidal ni zaman muda xkn xde duit show buat saving..hrp2 ada yg bantu..kesian tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 25-7-2021 02:51 PM

Umah Man Kidal umah batu interior macam hotel... Kibar bendera putih walaupun dulu jobs kencang lebats non stop.. Toki tu yg umah papan Tak pasang siap tepi sungai steady aje diam2 takde pun kibar bendera putih! Hmmmmmm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca komen kat FB, dia ni scammer MK Label. Ramai yg kena tipu RM5k setiap sorang.

Ada yg tulis balasan Allah.
Klo betul, nnt pulangkan duit2 dorang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
One word..bhusuk.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:36 AM | Show all posts
kerunai replied at 25-7-2021 02:18 PM
Retis kebanyakan camni la..saving ke laut...idop joli xingat..kena covid ramai yg xleh move on...

Ye betul tu. Lebih2 lagi yang dah berumur tahap Man Keedal ni.

Harap artis2 muda ni ambil iktibar ler dari pengalaman artis senior. Simpan duit dulu, beli rumah ke, jangan nak menunjuk sangat kekayaan tu di medsos.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 26-7-2021 12:04 AM
Aku baca komen kat FB, dia ni scammer MK Label. Ramai yg kena tipu RM5k setiap sorang.  

Ad ...

Yerrr.. meolss antara mangsa scammer MK label kerugian 18k. Allah. Bila baca ni rasa nk cash kn sgt je dulu tindas org menipu. Penat turun Naik balai polis hujung2 dia terselamat dgn team penipu dia. Masuk melodi pn xnk mengaku seleweng duit org. Allah. Aku xkn sekali halalkn.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.063474 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list