Kebiasaan keranda jenazah diusung golongan lelaki, tetapi tidak di Madura, Jawa Timur apabila sekumpulan golongan emak-emak dilihat membawa jenazah ke tanah perkuburan.
Golongan lelaki yang berada di kawasan itu hanya melihat dan memberikan arahan kepada sekumpulan wanita membawa keranda itu.
Berdasarkan maklumat yang diterima, alasan keranda dibawa golongan wanita dipercayai dapat mengelakkan jangkitan wabak Covid-19.
“Sekarang di Madura yang mengusung jenazah ke tanah kubur adalah wanita kerana alasannya agar wabak dapat dihindarkan supaya tiada lagi penduduk yang meninggal dunia,” tulis video itu.
Situasi itu menimbulkan persoalan sehingga menjadi perbincangan warga maya dalam media sosial.
“Wanita tidak boleh mengangkat jenazah kalau masih ada lelaki. Ini jelas menyimpang daripada ajaran Islam, ustaz di Madura pernah menjelaskan tentang perkara ini,” tulis seorang pengguna.
“Memang sudah menjadi adat di situ, kalau yang meninggal perempuan, yang mengangkat dan mengurus juga perempuan,” jelas @yokatta48.
Post time 29-7-2021 06:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aritu ada la tgk pasal ni kat tv. Klu tgk dr berita tu, bukan usung sampai tanah kubur pun. Usung sampai simpang rumah jer.. pastu tugas diambil alih leh kaum laki . Video ni lah yg di tunjuk.