CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 01/08/2021 578 Kes baharu

[Copy link]
Post time 1-8-2021 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-8-2021 09:44 AM

COVID-19: 578 kes baharu di Sarawak, tiada kematian




KUCHING: Kes baharu COVID-19 di Sarawak menunjukkan peningkatan lagi hari ini iaitu sebanyak 578 kes, berbanding 485 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 77,306 kes.

awatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 317 kes diikuti Serian 65 kes.
Lain-lain kes dikesan di Sibu (29), Samarahan (23), Bau (20), Miri (16), Lundu (16), Bintulu (15), Mukah (15), Simunjan (13), Kabong (11), Dalat (7), Sri Aman (6) dan Selangau (6).

Manakala empat kes direkodkan di Meradong, Betong dan Saratok masing-masing tiga kes, Kanowit, Tatau dan Tebedu masing-masing dua kes dan satu kes di Sarikei, Pusa dan Beluru.

“Daripada 578 kes baharu yang dilaporkan, 440 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

“Manakala 64 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada, 40 kes saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 28 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan enam kes individu balik dari Kuala Lumpur (4) dan Perak (2),” katanya.

JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian baharu direkodkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan kematian kekal 462 orang.

Manakala terdapat 149 kes pulih baharu dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini seramai 70,721 orang atau 91.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak.

Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 ialah seramai 5,947 orang.


utusanborneo.com.my/2021/08/01







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 07:19 PM | Show all posts
Kuching ... tinggi ...

moga esok berkurangan ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.932614 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list