View: 3446|Reply: 24
|
Individu Terlibat Majlis Kahwin Langgar SOP Akan Dipanggil Polis
[Copy link]
|
|
Polis akan memanggil individu terlibat dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah bangunan di Jalan Ampang pada 27 Julai lalu untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan gambar majlis perkahwinan yang tular di aplikasi Instagram kira-kira jam 1.59 petang pada 31 Julai lalu.
Menurut beliau, hasil semakan mendapati gambar majlis perkahwinan yang berlangsung pada 27 Julai lalu terdapat individu yang berkumpul tanpa sebarang penjarakan sosial.
"Siasatan lanjut mendapati perkahwinan tersebut telah berlangsung di sebuah bangunan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur di mana penganjur telah menyewa dewan tersebut daripada sebuah syarikat pengurus perkahwinan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Ashari berkata, seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang menyewa dan menguruskan tempat tersebut daripada pemilik bangunan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada Sabtu.
“Kesemua individu lain yang telah terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” jelasnya.
Tambah beliau, polis memulakan siasatan di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
"Siasatan pihak polis menjurus kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Ordinan Darurat (Peraturan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 Langkah langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Orang ramai supaya mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Asisten Superintenden Mohd Mirza Che Ab Wahi (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 012-9457503, Inspektor Salina Zolkopli (Pegawai Penyiasat) di talian 011-1234405 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lain kali nak buat majlis diam-diam je la..
tutup semua pintu tingkap, semua tak boleh amik gambar or video..
hp tak boleh bawa masuk langsung..
tetamu park tempat lain or naik grab saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk kat sini.. yg kat jln tar ritu dgn parlimen harini bila nak saman? depa pn berkumpol takdak penjarakkn bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahanat Pengantin baru
-Pak Kordi |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 2-8-2021 01:23 PM
lain kali nak buat majlis diam-diam je la..
tutup semua pintu tingkap, semua tak boleh amik gambar ...
Mana syok mcm tuu.. nak laa tayang kat fesbokk dah kawin konsep snow.. konsep prozen.. duit dah abis juta juta |
|
|
|
|
|
|
|
bangang...lain kali tkyah la upload kat media sosial.... |
|
|
|
|
|
|
|
ye tak ye jugak kan..nanti orang tak tau la kawin dia habis beribu-ribu 
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 2-8-2021 01:52 PM
ye tak ye jugak kan..nanti orang tak tau la kawin dia habis beribu-ribu
Satu lg bila nak canang dot nantu org kayo keje docto.. koh koh |
|
|
|
|
|
|
|
itu bukan katanya berjuang untuk rakyat ke? 
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tauuuu saman ni tak berpihak kat marhaen, pandai2 lerrrr nak upload ponnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu ada larangan gigih share dimedia social dah kenapa, ke ada kenalan yang bocor rahsia sebab tak dapat buat majlis macam tu sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
org ada penyakit selfie/groupie ni mmg gatal tgn nk amik gmba
skalipun time eksiden, time kebumi, time urus jenazah, semua bnda nk amik
org cmnila penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 2-8-2021 02:02 PM
itu bukan katanya berjuang untuk rakyat ke?
Sungguh tak adil kan.. bg adil la sama rata.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kena saman, dah tangan tu gatal sgt p upload kat media social… lain kali duk diam2 je, rasain lohhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
yg langgar sop ni mmg bodoh tak hengat nasib aku tak ss je sekor2 dlm whatsapp status esp masa raya biar dapat kompaun seribu dua sekor baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
Konfiden berjimba sebab dah veksin kew? |
|
|
|
|
|
|
|
Sakan nak kwen. Buat ringkas2 dah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap tindakan tegas diambil kat malaun2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
LostStar replied at 2-8-2021 01:24 PM
sibuk kat sini.. yg kat jln tar ritu dgn parlimen harini bila nak saman? depa pn berkumpol takdak pe ...
Yg 2 hari lepas pun sama ler dah bukak kertas siasatan dan dipanggil utk ambik keterangan. Itu pun berapa kerat je yg dapat dikenalpasti identiti. Hari ni punye kita tunggu esok pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
drp kawen..kalo nk hepi2..baik ikut demo...tak 'kena' pon.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|