|
Sebuah beg plastik didakwa berisi ‘udara’ ketika majlis pelancaran album terbaharu penyanyi rap Kanye West di Atlanta baru-baru ini, berjaya dijual pada harga AS$7,600 (RM32,109) menerusi platform eBay.
West baru-baru ini menganjurkan majlis pelancaran album baharunya yang berjudul DONDA di sebuah stadium di Atlanta.
Kredit foto: Vanity Fair
Seorang daripada peminat fanatik penyanyi itu didakwa cuba mengambil kesempatan dengan melelong beg plastik yang kononnya ‘diisi dengan udara’ ketika majlis pelancaran itu berlangsung.
Peminat itu pada mulanya melelong beg plastik berkenaan di dalam eBay pada harga AS$3,330 (RM14,068) dan menunggu orang ramai membidanya.
Lelongan tersebut mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana mereka boleh buktikan bahawa terdapat udara dari Atlanda di dalam beg plastik tersebut.
Ada juga yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal dan peminat tersebut sengaja ingin mendapatkan duit dengan mudah.
Namun, beg plastik itu akhirnya terjual pada harga AS$7,600 selepas dibida oleh seorang pembeli.
Pada 2015, beg plastik yang didakwa mengandungi udara semasa konsert West pernah dijual pada harga AS$65,000 (RM274,576).
Sumber: Utusan |
|