View: 1569|Reply: 7
|
Datang Nak Suntik Perancang Kehamilan, Tiba-Tiba Doktor Suntik Vaksin Covid-19 P
[Copy link]
|
|
HONG KONG – Seorang wanita yang menghadiri janji temu bagi mendapatkan suntikan kontraseptif atau perancang kehamilan terkejut apabila petugas kesihatan tersilap memberikannya vaksin Covid-19 jenis Sinovac, lapor laman Coconuts.co kelmarin.
Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Hiu Ying itu memberitahu portal berita online tempatan, HK01 bahawa dia hanya menyedari telah menerima suntikan vaksin Sinovac apabila melihat jarum suntikan yang digunakan padanya itu lebih panjang berbanding jarum suntikan kontraseptif sebelum ini.
Dia kemudian bertanya kepada doktor itu tentang suntikan yang diterimanya dan doktor itu menjawab ia merupakan vaksin Sinovac Covid-19.
Foto: Getty Images
“Saya datang ke sini untuk mendapatkan suntikan kontraseptif, bukan vaksin Covid-19,” jawab wanita itu kepada doktor terbabit.
Doktor tersebut kemudiannya mengaku kesilapan tersebut dan mahu menyuntik wanita itu dengan suntikan kontraseptif.
Dia yang sudah menerima dua dos vaksin Pfizer bagaimanapun enggan dan bertanya sekiranya dia boleh membuat aduan berkenaan kesilapan tersebut kepada jabatan kerajaan.
Doktor tersebut memeriksa tekanan darah wanita itu selepas menerima vaksin dan mendapati ia telah meningkat.
Wanita itu turut mendakwa dia berasa sakit kepala sebelum petugas berkenaan menghubungi ambulans dan dimasukkan ke hospital dengan surat doktor yang bertulis ‘Tersilap terima vaksin Sinovac’.
“Saya rasa doktor tersebut sangat tidak bertanggungjawab malah kelihatan terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana untuk mengawal situasi itu,” kata Hiu Ying.
Sehingga kelmarin, klinik tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu terbabit. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
haiyoooo menakutkan sungguh lerrr kalau mix up macam ni
takde komunikasi antara MO dengan PT ke sebelum suntikan?
MO: Okay, i akan bagi suntikan kobid sino yada2
PT: Doc, i nak buat suntikan kontraseptif bukan vaxx!
|
|
|
|
|
|
|
|
dapat sijil lagi satu la ye for another vaccine.
elok invite dia ke research centre untuk further assessment kesan campuran vaccine ni - buat follow up study. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyoo.. dpt 3rd dose tak pasal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|