CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1276|Reply: 4

Tertipu Iklan Di FB, Rugi RM8,215 Beli Myvi Sambung Bayar

[Copy link]
Post time 9-8-2021 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lekaki berusia 22 tahun mengalami kerugian RM8,215 selepas ditipu dalam urusan pembelian kereta sambung bayar yang diiklankan di Facebook.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada 10 Julai lalu selepas mangsa melihat satu iklan penjualan kereta di Facebook.




Gambar hiasan




“Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang melihat iklan di Facebook mengenai penjualan kereta jenis Myvi dengan harga RM4,500 dan sambung bayar pinjaman bank selama setahun.


“Mangsa berhasrat untuk membeli kereta berkenaan dan menghantarnya ke kampung halamannya di Keningau, Sabah,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Menurut Mohd. Wazir, mangsa kemudiannya menghubungi pemilik akaun Facebook berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan bersetuju untuk membeli kereta berkenaan.


Katanya, pada 11 Julai lalu, mangsa telah membuat pembayaran melalui transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak RM3,500.


“Sejam kemudian mangsa membuat sekali lagi transaksi sebanyak RM2,000 apabila suspek memberitahu transaksi pertama tersekat dan wang terbabit hanya akan masuk ke akaun selepas tiga hari.


“Keesokkannya suspek meminta mangsa membayar RM1,000 kerana dikatakan isterinya tidak berpuas hati dan mangsa bersetuju membayar jumlah itu,”katanya.


Mohd Wazir berkata, pada 30 Julai lalu mangsa menerima mesej melalui WhatsApp daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pemilik kedai motor di Kota Kinabalu, Sabah.


Katanya, Lelaki terbabit memaklumkan penjual kereta (suspek) telah dijangkiti Covid-19 dan perlu dikuarantin dan dia diamanah untuk menguruskan penghantaran kereta Myvi berkenaan ke kampung mangsa.


“Kemudian mangsa diminta untuk membayar bayaran bulanan kereta berkenaan sebanyak RM1,008 selain pelbagai bayaran lain bagi khidmat penghantaran kereta berkenaan menyebabkan mangsa mula berasa sangsi,”katanya.


“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Beserah, di sini, kerana berasa tertipu dengan urusan pembelian kereta berkenaan,”ujarnya.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2021 01:13 PM | Show all posts
1. Jgn bbeli di platform medsos 2. Bila dmintak bank in duit lg lepas transaksi pertama dh patut stop & terus report. Beli mnda seketui mcm ni patut dh negotiate smpi abeh & finalize harga yg dpersetujui siap rega pos. Mmg kurang awareness lah masyarakat kita ni. Tanam sikit perasaan syak wasangka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
klu nk jual pun jgn cara sambung bayar kecuali family sbb buatnya yg beli tu culas bayar, nama ko jgk yg busuk kt ccris. tp kes ni dia yg nk beli. so nasib le.  tp pelik la klu ko nk sambùng bayar xyah bg rm4500 tu pun. ko direct bayar kt bank terus. klu betul2 nk sambung bayar. sebab klu ko nk tukar nama pun boleh kena restructure loan tu letak nama baru. tp interest berganda - so rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli kereta kat FB??
FB tu la sarang no 1 scammer
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa naif bebenor ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036699 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list