View: 1264|Reply: 8
|
Kecoh Ingatkan Kena Culik, Rupa-Rupanya Budak 13 Tahun Keluar Rumah Sebab Ada Ma
[Copy link]
|
|
IPOH - Remaja perempuan yang didakwa diculik ketika tinggal berseorangan di rumahnya di Ampang di sini pagi Ahad sudah ditemui semula dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja berusia 13 tahun itu pagi Ahad dan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut.
"Siasatan menemui remaja tersebut di rumah rakannya semalam dan dipercayai mempunyai masalah keluarga," katanya ringkas menerusi pesanan WhatsApp pada Isnin.
Gambar Hiasan
Pada Ahad tular di media sosial (Twitter) menerusi satu ciapan seorang individu yang mendakwa remaja perempuan dikenali sebagai Qistina itu disyaki diculik ketika ibu bapa dan abangnya keluar bagi urusan vaksinasi di Perak Tengah.
Ciapan yang turut memuat naik gambar remaja itu juga menyebut bahawa rumah keluarga itu dalam keadaan berselerak selain terdapat nota ugutan sebaik ibu bapa dan abangnya, pulang dari proses vaksinasi.
Difahamkan siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dilaporkan dan remaja berkenaan didapati keluar rumah tanpa paksaan untuk ke rumah rakannya. - CARI
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur selamat...
Haihhh dekkk jangan buat risau mak ayah
Moga kemelut keluarga cepat2 diselesaikan |
|
|
|
|
|
|
|
Budak tu culik diri sendiri ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Sometimes as parents kita geram ngan perangai anak kita, marah jugak. Tapi paling takut kalau dia lari keluar rumah. So, make sure kunci pintu and simpan kunci elok elok . Im glad anak tu dah jumpa selamat and i hope they sort things out. Peace |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik2 lagi dah drama kuin.. Next! |
|
|
|
|
|
|
|
spicygirl3: Sometimes as parents kita geram ngan perangai anak kita, marah jugak. Tapi paling takut kalau dia lari keluar rumah. So, make sure kunci pintu and sim ...
If dalam kes ni bahaya juga if parents dengan elder sibling keluar pergi suntik vaksin dan tak tinggalkan kunci pada anak tu. If kebakaran, dah susah nak keluar pulak (walaupun setengah rumah ada tingkap fire exit but dah menyukarkan). |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. moga baik2 aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian adik ni, kecik2 dah ada masalah keluarga sampai lari umah. Harap apa pun masalah, mak bapak ngan adik tu dpt selesaikan dgn baik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|