Betul lah kata orang tua-tua, kebaikan lebih terserlah apabila telah tiada.
Beberapa rakan artis turut berkongsi memori bersama Allahyarham Siti Sarah Raisudin apabila menceritakannya kembali di laman Instagram masing-masing.
Fasha Sandha, Farahdiya dan Anzalna Nasir turut menulis tentang betapa terujanya Sarah ketika memulakan perbualan dan betapa baiknya mahu menghadiahkan barangan kepada mereka.
Bagi Fasha, disebabkan PKP, mereka tidak sempat bertemu namun hadiah untuk anak bongsunya tetap sampai ke rumah. Namun, sayangnya Sarah telah pergi terlebih dahulu.
Sementara itu, bagi Farahdhiya pula, dia mengimbas kembali kenangan ketika mahu memulakan karier sebagai penyanyi. Betapa baiknya arwah.
Foto G
Manakala Anzalna pula menceritakan betapa pemurahnya pasangan selebriti ini apabila memberikan minuman secara percuma kepada mereka walaupun mereka mahu membayar tetapi ditolak oleh Sarah dan Suib.
Begitu juga dengan produk pakaian iaitu jubah dihadiahkan kepada adik beradik dan ibu Anzalna, juga secara percuma.
Foto G
Orang baik, ramai sayang bak kata Allahyarham Abam. Bersemadi lah Allahyarham Siti Sarah dengan aman. -CARI
|