CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh lagi kluster COVID-19 di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-8-2021 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh lagi kluster COVID-19 di Sarawak


KUCHING: Tujuh kluster baharu diisytihar di Sarawak hari ini dengan kesemuanya melibatkan komuniti dan empat daripadanya di Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata  empat kluster baharu yang diisytiharkan di Kuching ialah Kluster Kampung Jaya Bakti, Kluster Kampung Tanjong Bako, Kluster Lorong Cahaya Damai dan Kluster Braang Payang.

Manakala tiga lagi kluster iaitu Kluster Sessang, Kabong, Kluster Dabai Baruh, Saratok dan Kluster Senibung, Lundu, katanya menerusi kenyataan.

Memperincikan kluster-kluster tersebut, JPBNS berkata Kluster Sessang, Kabong dikesan melibatkan sebuah kampung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Krian, Kabong.

Menurutnya seramai 247 orang telah disaring, 42 didapati positif termasuk kes indeks, tiga daripadanya kes baharu manakala  205 negatif dan kesemua kes dirujuk ke Hospital Betong dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di daerah itu.

"Kluster Dabai Baruh, Saratok, melibatkan sebuah rumah panjang juga di bawah PKPD di Jalan Kabong, Roban Sarawak. Sebanyak 163 telah disaring, 31 positif termasuk kes indeks, 39 negatif dan 92 masih menunggu keputusan.

"Kluster Senibung, Lundu pula melibatkan beberapa keluarga di Kampung Senibung, Jalan Bau-Lundu.Bagi kluster ini, 26 telah disaring, tujuh disahkan positif termasuk kes indeks manakala 19 lagi negatif," katanya.

Mengenai Kluster Kampung Jaya Bakti, Kuching, JPBNS berkata ia melibatkan beberapa keluarga yang tinggal di Kampung Jaya Bakti, di Jalan Selang, Off Jalan Akses FAC, Matang.
Seramai 56 telah menjalani saringan, daripada jumlah itu, 15 disahkan positif termasuk kes indeks, 19 lagi negatif, tambahnya.

"Kluster baharu ke lima diisytiharkan hari ini ialah Kluster Kampung Tanjong Bako, Kuching, juga melibatkan beberapa keluarga di Kampung Tanjong Bako, 27 orang didapati positif termasuk kes indeks daripada 61 orang diarah menjalani saringan manakala 34 lagi negatif," katanya.

Kluster Lorong Cahaya Damai Kuching, turut melibatkan beberapa keluarga yang tinggal di sebuah kawasan perumaan di Lorong Taman Cahaya Damai, Bandar Baru Semariang, Petra Jaya .

JPBNS memberitahu 152 orang dalam kluster itu telah disaring, 54 didapati positif temasuk kes indek, 98 pula negatif.

Mengenai Kluster Braang Payang, Kuching JPBNS berkata 36 orang daripada beberapa keluarga di Kampung Braang Payang, Daerah Kecil Padawan telah menjalani saringan, 23 didapati positif, 13 lagi negatif.

"Hari ini dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Kampung Serikin, Bau dan Kluster Sungai Long Seripa, Sebauh selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari yang lalu melibatkan kedua-dua kluster ini,

"Oleh itu jumlah kluster yang aktif di Sarawak setakat ini, sebanyak 96, 17 daripada melaporkan penambahan kes baharu dengan jumlah keseluruhan kes 414," katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/10


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.039970 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list