|
|
Lan Pet Pet dakwa dirinya difitnah dan bakal mendapatkan nasihat daripada peguam sebelum mengambil tindakan undang-undang.
Lan sebelum ini didakwa sebagai individu yang tular dalam sebuah video menunjukkan dia sedang berurusan dengan seseorang dalam keadaan yang mencurigakan.
Dalam rakaman tersebut, individu itu juga kelihatan mengamuk selepas menyedari perbuatannya dirakam.
 Foto: IG
"Woi! Hang rakam apa?," jerkahnya.
"Memandangkan hantaran (video tersebut) yang berunsur fitnah dan telah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya,??? tulisnya melalui Instagram.
Pelawak itu juga akan memberikan keterangan kepada media tak lama lagi.
"Saya akan jemput rakan media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai video yang tular itu.
Kita tunggu apa penjelasan Lan berada dalam lorong gelap dalam keadaan mencurigakan itu? -CARI
|
|