|
Sebenarnya kan, solat taubat boleh je kan baca surah apa-apa je?
sebab pernah terbaca bila google kena macam itu macam ni rasa jadi susah semua tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-taubat/
Nah ni panduan lengkap. Pi study. Bacaan surah lazim yg mudah. |
|
|
|
|
|
|
|
kaka aritu i ada gugel jgk la cara solat sunat taubat..sempat la buat..still dlm process gituh.sbb i selalu xbgn
jam selalu kunci tp cmnp nk bgn sbb tdo lambert...rasa byk dosa..dah la musim covid..rasa manusia sgt fragile skrg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks. At least ni nampak simple. Bila google macam-macam siap ada surah specific, baru nak bertaubat belum hafal macam-macam surah lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3 MALAM SAHAJA?
Assalamualaikum ustaz..sy nk tny..benar k solat taubat hanya boleh dilakukan pd sepertiga mlm shj?..boleh kah dibuat lepas solat fardhu?..
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Abu Bakar al-Siddiq radiallahu 'anhu meriwayatkan, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏"‏ ‏.‏ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏:‏ ‏(‏وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ ‏)‏ ‏.‏
Tidaklah seseorang melakukan dosa, kemudian dia bangun mengambil wudhu, kemudian mendirikan solat, kemudian dia memohon keampunan Allah; melainkan Allah akan mengampuninya. Kemudian baginda membaca ayat ini: Iaitu orang-orang yang apabila mereka melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka mengingati Allah lalu mereka terus memohon keampunan untuk dosa-dosa mereka. Siapakah yang dapat mengampuni dosa-dosa itu kecuali Allah? Mereka tidak berterusan melakukan apa yang telah mereka lakukan, dan mereka mengetahui.
[Hadis ini diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud (1521), Jami at-Tirmizi (3276)(406), dan Musnad Ahmad (47)(56) kesemuanya daripada jalan Uthman bin al-Mughirah daripada 'Ali bin Rabi'ah daripada Asma' bin al-Hakam daripada 'Ali bin Abi Thalib r.a daripada Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Imam at-Tirmizi menyatakan hadis ini hasan. Shaikh Syu'aib al-Arnaouth menyatakan isnadnya sahih. Begitu jua Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih.
Hadis ini menunjukkan pensyariatan solat sunat taubat.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk jua pada waktu yang dilarang solat. Ini kerana ia merupakan solat Dzawatul Asbab (solat yang mempunyai sebab) sebagaimana solat Tahiyatul Masjid, solat gerhana dan sebagainya.
Wallahua'lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya tak ada nas yang sahih berkaitan surah apa yg perlu dibaca untuk solat sunat taubat. Memadai membaca apa2 surah yang ingin dibaca. Walaupon hanya dengan membaca Al-Fatihah pon sudah dikira sah solat jika cukup semua Rukun solat.
Boleh cuba jadikan amalan solat ini setiap hari, bila-bila masa sahaja kerana kita makhluk yang sentiasa berdosa (pesanan untuk diri sendiri ).
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan mendekatkan diri kepadaNya. Amin...
|
|
|
|
|
|
|
|
aLieNzDaToR replied at 13-8-2021 09:20 AM
ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3 MALAM SAHAJA?
Assalamualaikum ustaz..sy nk t ...
so blh la buat solat sunat taubat anytime ye? tq ye |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapannya iya, solat sunat boleh ja baca apa2 surah. |
|
|
|
|
|
|
|
bila solat sunat ni....tarafnya sunat , ada surah yg afdhal and kalau nak ikut as read tu okay , tak nak ikut pun tak pe....
u know yg penting dalam fiqg solat ni , just tahu yg basic dulu
solat sunat
solat fardhu
bila mai tang sunat , it is okay to read any surah pun, kalau nak ikut as mentioned lebih baik
kalau rasa susah mudahkan aje ...
yg penting rukun solat kena lengkap...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|