Sudahlah kes harian Varian Covid-19 masih di takuk 20,000 seharian, pelbagai jenis varian pula sudah mula didengari di pelbagai tempat tetapi masih ada individu yang tidak bertanggung jawab atas keselamatan orang lain.
Tular di media sosial, seorang pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar perumahannya dengan alasan menghirup udara segar.
Ianya menimbulkan kemarahan ramai orang.
Bagi netizen, ianya adalah perbuatan yang mementingkan diri sendiri. Kenapa perlu membahayakan nyawa orang lain hanya semata-mata mahu memulihkan diri?
Foto :Twitter
Mengikut sumber, kejadian yang berlaku di Saujana Aman, Sungai Buloh ini adalah kali pertama direkodkan di media sosial.
Bagaimanapun, setelah mendapat kecaman, wanita tersebut memadam videonya.
"Masa aku positif nak makan pun ibu sangkut kat pintu bilik. Selambe je kau keluar ya kak."
Foto : KKM
Mengapa masih ada yang tidak peka mengenai betapa bahayanya Covid-19 ini?- CARI
|