KETIKA pemilik nama lengkap Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini memuat naik tangkap layar berserta emoji berbentuk hati dengan tulisan ‘Sayang, apa khabar?’ dalam Instagram pada 12 Julai lalu, ramai dalam kalangan peminat menguntumkan doa tentang jodohnya yang mendekat.
Sehinggalah hari ini, bukan itu realitinya. Dayang Nurfaizah, 40, masih menjalani kehidupan solo. Namun jauh di sudut hati, dia sememangnya mahu hidup berpasangan seperti orang lain.
Dayang juga percaya aturan Ilahi lebih besar berbanding gejolak hati mendambakan putera idaman.
Jodoh, keutamaan
“Kalau perkara itu (jodoh) dah sampai, akan datang juga. Buat masa sekarang memang belum lagi. Saya tahu ramai yang mendoakan segala yang baik-baik agar saya menamatkan zaman bujang, maklumlah usia pun semakin ‘muda’.
“Tetapi, daripada pengakuan bibir saya sendiri tentang kahwin, saya cuma minta orang ramai doakan yang terbaik sahaja. Siapa yang tak nak kahwin dalam dunia ini, tetapi saya tak nak tergopoh-gapah dalam soal itu,” akui Dayang kepada HibGlam menerusi satu panggilan telefon baru-baru ini.
Bukan tidak cakna bahawa usia semakin bertambah tetapi pelantun lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu berpendapat, sewaktu persoalan jodoh menemukan jawapan terbaik, pada masa sama, ada perkara lain yang lebih membuahkan kebahagiaan perlu dilunaskan dalam kehidupan.
BIARPUN jodoh belum tiba, Dayang tetap mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua agar jawapan persoalan tersebut terlestari suatu hari nanti . – UNIVERSAL MUSIC GROUP
“Kita ada keluarga dan mereka sangat sayangkan kita. Rasa bahagia saya adalah apabila melihat orang yang saya sayang mengecap bahagia. Waktu pandemik sekarang, saya mencuba sedaya upaya menjadi yang terbaik kepada orang tua, adik-beradik dan anak-anak saudara.
“Disebabkan Covid-19, hidup sekarang sudah tidak macam dahulu. Tapi apa yang boleh kita lakukan? Walau macam mana sekalipun, hidup perlu diteruskan.
“Perhatian dan kasih sayang tetap akan diberikan walaupun dibatasi jarak.
“Memang tersangat rindu untuk hidup normal seperti sebelum mengenal Covid-19 tetapi saya percaya apa yang berlaku sekarang, lebih membuatkan kita menghargai apa yang ada di depan mata kita. Hargailah mereka sebaik-baiknya,” kata Dayang.
Perbualan rawak tentang kehidupan yang kian diduga dek permasalahan virus mengalirkan semula topik yang tertulis pada perenggan awal.
Dayang kini muncul dengan single terbaharu berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar, satu karya bernuansa ‘mid-tempo’ berkolaboratif dengan penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Zynakal.
ZYNAKAL menyifatkan lagu Sayang Aku Tanya Apa Khabar tepat dengan situasi semasa, ketika semua orang tidak terlepas dengan kerinduan untuk kembali hidup ‘bebas’ seperti dahulu.
Terbuka dengan sesiapa
Akui Dayang, dia bersetuju merakamkan duet tersebut bersama Zyn kerana terpikat dengan melodi dan lirik lagu yang disifatkan begitu menarik. Nilai itu sekali gus memperlihatkan keterbukaan penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu bekerjasama dengan sesiapa sahaja.
“Lagu ini segar dari segi melodi yang ringkas, lirik bersahaja dan mempunyai kemampuan untuk berhubung dengan semua. Seperkara lagi, lagu duet ini memberi bukti bahawa saya ingin menghasilkan lebih banyak kolaborasi bersama artis lain.
“Lirik lagu ini sangat bersahaja macam percakapan seharian. Bagi saya lagu ini sangat ringkas dan ‘straight-forward’ tetapi memiliki jiwa yang sangat istimewa. Dalam masa sama, kena dengan kehidupan kita sekarang yang masih dibelenggu Covid-19,” katanya.
Dalam masa sama, Dayang menyifatkan Zyn antara penyanyi dan komposer muda yang perlu diberikan perhatian.
“Zyn seorang penyanyi dan komposer yang berbakat. Kalau dia diberi peluang dan bimbingan yang betul, insya-Allah dia boleh pergi jauh dalam industri muzik tanah air.
Post time 7-8-2021 12:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cantik la dayang ni. Sweet je. Kalau betul hael ade hati kat dayang cepat2 la masuk meminang. Xkan nak suh dayang pulak minang dia. Kawin musim covid ni banyak jimatnya.
Post time 7-8-2021 01:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa andartu seperti dianggap seperti makhluk hina??? Klu xnak dihina, kena kahwin, kira cmtulah. Sbb tu rmai pmpuan ambil langkah asal berlaki...krn xnk dianggap spt hina plak dimata org.
Post time 7-8-2021 03:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahun ni dengan tahun lepas je dah berapa kali keluar news pasal jodoh, kawen.. Kalau ada rezeki berumahtangga tu ada lah.. Tak perlu nak highlight benda tu setiap kali keluar produk baru.
Post time 8-8-2021 05:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
jodoh rezeki bukan di tangan kita. macam dayang ni , jodoh lambat tapi rezeki karier tu hebat.
mana tau bakal rembat laki muda dan hot ikut jejak kaka faz ? gitewww semoga mulut iols masin