CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1203|Reply: 5

[Sabah] 20 peratus warga Indonesia sudah divaksin di Tawau

[Copy link]
Post time 18-8-2021 02:05 PM | Show all posts |Read mode
20 peratus warga Indonesia sudah divaksin di Tawau
TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau menyambut baik usaha Kerajaan Malaysia membenarkan program vaksinasi membabitkan warga asing yang berada di sini.

Ketua Perwakilan KRI Tawau, Heni Hamidah berkata setakat ini, dianggarkan lebih 20 peratus daripada 170,000 warga Indonesia (berdaftar) di daerah ini menerima sekurang-kurangnya janji temu untuk divaksin.

“Malah seluruh kakitangan dan keluarga KRI Tawau juga sudah lengkap menerima vaksin COVID-19.

“Justeru, kami sangat menghargai kebijakan pemerintah Malaysia untuk memberi vaksin kepada bukan warganegara yang tinggal di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Indonesia kali Ke-76, di sini hari ini.

Heni berkata, Indonesia juga turut melakukan vaksinasi ke atas bukan warga berkenaan khususnya membabitkan diplomatik asing yang tinggal di negara berkenaan.

Sementara itu, Heni memaklumkan sebanyak 13,000 bakul makanan berjaya diedarkan kepada rakyat Indonesia yang berada di daerah ini sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.

“Bantuan itu juga diberikan kepada rakyat Indonesia yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) termasuk mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19," katanya.

Heni dalam pada itu, meminta rakyat Indonesia yang berada di negeri ini untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha membantu memutuskan rantaian COVID-19.

“Saya juga berharap warga Indonesia di daerah ini tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang sehingga boleh menyebabkan mereka dihukum.

“Jangan masuk dan keluar ke daerah ini melalui jalan samping atau tidak diwartakan kerana pintu imigresen Tawau masih ditutup daripada sebarang kemasukan warga asing,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/17/20



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 02:19 PM | Show all posts
dah di vaksin ... makna untuk pelindungan diri ...
tapi bukan bermakna tak membawa penyakit tu ...
harap jangan la sewenang2 nya kuar masuk sempadan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2021 02:22 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-8-2021 06:19 AM
dah di vaksin ... makna untuk pelindungan diri ...
tapi bukan bermakna tak membawa penyakit tu ...
...

baru 20% masih ramai lagi tu yg belum vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 02:24 PM | Show all posts
Vellfire replied at 18-8-2021 02:22 PM
baru 20% masih ramai lagi tu yg belum vaksin
paling menyampah yang dah vaksin tak pikir pasal anak2 budak2 yang lom vaksik gik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis duit negara duk bg benda percuma kat indong taik hidong ni..dah la spesis tak kenang jasa, busuk hati, hati hitam, penuh hasad dengki, perampas suami org...haaa sambung lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
baik kan kita
patutlah takmo balik mendukung pancasila dan garuda di dada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.099434 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list