View: 2932|Reply: 28
|
Lapan Kali Dipaksa Gugur Kandungan Sebab Suami Nak Anak Lelaki
[Copy link]
|
|
Malang nasib seorang wanita di India yang dipaksa menggugurkan kandungannya lapan kali di luar negara demi menurut kehendak suami yang mahu anak lelaki.
Times of India melaporkan wanita berusia 40 tahun yang menjadi mangsa itu adalah anak perempuan seorang pesara hakim.
Dalam laporan dibuat, wanita itu memberitahu dia berkahwin dengan seorang peguam pada 2007.
Gambar hiasan
Ahli keluarga suaminya juga peguam manakala kakak iparnya doktor.
Beberapa tahun kemudian, lelaki itu didakwa memukulnya dan mengatakan dia mahu anak lelaki.
Pada 2009, wanita itu melahirkan bayi perempuan sebelum hamil lagi dua tahun kemudian.
Namun, suaminya mendesak wanita itu menggugurkan kandungan kerana tidak mahu zuriat jika bukan lelaki, kata wanita itu di balai polis Dadar.
Wanita itu memberitahu polis suami sanggup membawanya menjalani rawatan di luar negara kerana terlalu ingin anak lelaki.
Dia melakukan pemeriksaan genetik praimplantasi dan digesa menjalani prosedur perubatan bagi menentukan jantina anak yang dilahirkan.
Prosedur rawatan itu memaksanya mengambil lebih dari 1,500 suntikan hormon dan steroid. Ujian dan rawatan itu dilarang di India, tetapi dilakukan di luar negara tanpa persetujuan si isteri.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
This is crazy, seriously, this is crazy. This lady has suffered severe mental health issues dah ni.
So , pejuang hak asasi tak nak juangkan ke?
anak sama ja lelaki perempuan .
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejap..
x paham..
Peguam tu nk anak lelaki.. tapi kenapa perempuan (isteri) tu yg kena berubat..
Dia ni belajar tinggi.. takkan tak tau yg tentukan jantina anak ni dtg dari lelaki..
sepatutnya, dia lh yg kena cek..
Takkan lah ko tanam benih cempedak.. tapi harapkan pokok durian musang king yg tumbuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Stupid husband. Yang tentukan jantina tu sperma ko. Ko la yang kena jaga makan cmne nak dapatkan benih jantan. Bodo. Apa2 hal mesti nak salahkan perempuan dulu. Yang wife pun Bodo gak ngikut je kata suami tu. |
|
|
|
|
|
|
|
lain makan daging byk2 masa bini ngnadung
sian jd perempian ni..
nape xbuat ivf kalau ssh sgt..blh pilih jantina terus
mak iols dulu ujung2 dpt gak baby boy seketui |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia nih tak pass subjek sains ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh tak belajar sains..jantina anak tu ditentukan oleh suami la bodoh..kesian pompuan ni dapat suami bodoh
|
|
|
|
|
|
|
|
moga totey laki tu disimbah dengan air panas |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kat msia kalau sampai buat rawatan di luar negara..
Setad setad akan rekomen jantan msia kawin lain masa sembang2 kat kedai kopi |
|
|
|
|
|
|
|
Gilo |
|
|
|
|
|
|
|
Omg pemikiran yang kolot. Lelaki la yang tentukan jantina baby bukan perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam ni xblaja sains kot..xblh bygkan gugurkan anak berkali2…sakit…aku ni dah ada 2 boboiboy…yg dlm peyut ni surprise…janji sihat sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiap kali baca/dgr isu2 kt India ni, daku akn sgt bersyukur sbb lahir di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada kawan from india. Masa dia pegnen aku tanya dia; baby boy ke girl? Dia cakap kat sana illegal kalao nk check gender baby. Maybe kat kayangan je kot boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Ada cara nya tp kena byk bersabar tak silap iols kena jaga makan.
Mcm founder Hausboom ngn bini dia tu katanya nak sgt anak pompuan sbb dh ada 2 anak lelaki.
So dorang punya plan tu amik masa berbulan2 gak.
Selama beberapa bulan dorang laki bini amalkan diet ikan je sblm mula mngandung. Hanya lauk ikan je depa makan sampai naik muak gak katanya.
Pastu dorang follow up ngn doctor la.Setelah beberapa bulan pastu tgk dorang dh stop so dah boleh pelbagaikan lauk lain dah.
Ni skrg katanya baru pregnant tunggu jela bila beranak nnt kalau dapat pompuan makna cara dorang tu berkesan la kan.
Kalau nak anak lelaki kena makan makanan yg sebaliknya la kot. Maybe makan daging la gaknya kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian bini dapat laki iq 50. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 ada forumer yang cerita bapak dia kahwin sampai 3-4 kot semata2 nak anak lelaki....
Cousin i sorang dah ada anak perempuan 3, husband kahwin lain sebab nk anak lelaki... Dgn wife ke 2 pun anak ke 3 baru lelaki...Bila turn cousin pun dua bawa ke hulu hilir budak tu seolah takde mak... Kita org pulak yang meluat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|