CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 828|Reply: 0

[Kedah] Mat Jan disyaki terbabit pembalakan haram

[Copy link]
Post time 22-8-2021 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Mat Jan disyaki terbabit pembalakan haram[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 22, 2021 @ 11:26am[email protected]



Kesan pembalakan haram di Kompartmen 4, Hutan Simpan Gunang Inas, Baling. - Foto ihsan JPNK



ALOR SETAR: Jabatan Perhutanan Kedah (JPNK) sedang mengesan seorang lelaki dikenali 'Mat Jan' kerana disyaki terbabit dalam akitiviti pembalakan haram di Kompartmen 4, Hutan Simpan Gunung Inas, Baling membabitkan kerugian RM300,000 sejak seminggu lalu.
Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Muhamad Abdullah, berkata lelaki yang berasal dari Kupang, Baling itu dipercayai mengupah beberapa lelaki lain bagi menebang pokok balak di kawasan hutan seluas lima hektar berkenaan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) mendapat maklumat awam pada jam 11 pagi semalam, sebelum pasukan bertugas mengesan terdapat kegiatan pembalakan haram di kawasan terbabit jam 2 petang.
"Apabila tiba di lokasi terdapat dua lelaki berusia 40-an sedang melakukan kerja menebang pokok dan menarik kayu di dalam hutan simpan, namun mereka melarikan diri ke hutan.

"Mereka turut disyaki membina jalan sepanjang dua kilometer (km) untuk memindahkan balak yang dilakukan pada waktu malam dan awal pagi bagi mengelak dihidu pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhamad berkata, hasil penggeledahan pihaknya menemui kesan tebangan pokok, jentolak, mesin gergaji, motorsikal serta tujuh batang balak yang baharu ditebang antaranya jenis balau, gerutu, merbau, pulai dan medang.

Sebuah jengkaut yang diguna untuk pembalakan turut ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran berikutan terdapat kesan laluan ke lokasi pembalakan.
"Daripada maklumat awam kerja pembalakan haram ini dilakukan individu tempatan dikenali sebagai 'Mat Jan'. Kita masih menyiasat sama ada kegiatan ini membabitkan sindiket atau persendirian.

"Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kupang untuk siasatan dan tindakan lanjut oleh JPNK," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM500,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.066026 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list