"Bila Karl nak dapat adik?"
Pelakon Elvina Mohamad mengakui sering diajukan soalan ini.
Kredit foto: IG
Menjawab persoalan ramai di Instastory, Elvina menyatakan dia terpaksa menunda hasrat menimang cahaya mata kedua.
Bukan apa, sedar bahayanya virus Covid-19 yang semakin membimbangkan apatah lagi banyak kes kematian membabitkan wanita hamil dilaporkan.
Menjawab soalan peminat, dia dan suami memang ada merancang untuk menimang cahaya mata kedua, namun bukan tahun ini.
"Saya tidak mahu hamil ketika pandemik sebab ia terlalu berisiko.
"Bila virus ni berakhir suatu hari nanti baru kami rancang semula," tulisnya.
Kredit foto: IG
Kasihan juga melihat ibu hamil yang terpaksa melahirkan anak seorang diri tanpa ditemani suami di sisi dalam suasana pandemik.
Semoga Karl tak menunggu lama untuk dapat adik. - CARI |