CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 4

[Kedah] Mangsa terselamat tragedi kepala air kongsi pengalaman

[Copy link]
Post time 22-8-2021 11:26 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa terselamat tragedi kepala air kongsi pengalaman[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - Ogos 22, 2021 @ 4:01pm[email protected]


Mohd Muslim mengalami patah bahu dan cedera di muka serta badan selepas tersangkut di pagar tangki air dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai, Rabu lalu. - Foto ihsan keluarga Mohd Muslim



SUNGAI PETANI: "Saya tergolek beberapa kali dan hanya tersedar selepas tersangkut di pagar tangki air," kata Mohd Muslim Saari, 36, menceritakan detik cemas ketika dihanyutkan arus deras dalam tragedi kepala air di Gunung Jerai, Rabu lalu.

Pekerja landskap di Regency Jerai Hill Resort, di sini, itu berkata dia bersama rakan sekerja dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal masing-masing, kira-kira jam 4 petang.
Katanya, ketika itu dia sudah berada di separuh perjalanan gunung itu dengan rakan sekerja, Sharuzi Mohammad, 54, berada di hadapan dan langsung tidak mendengar sebarang bunyi kerana hujan.

"Tiba-tiba saya tercampak sebelum bergolek dan menyangka sedang bermimpi, namun tersedar kejadian itu sebenarnya nyata selepas tersangkut di pagar.
"Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya langsung tidak berasa sakit dan bangun dengan berpaut pada pokok untuk menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus," katanya.

Beliau juga tidak sempat melihat rakan sekerjanya di hadapan kerana kejadian berlaku begitu pantas.
"Tidak lama selepas itu, anggota bomba tiba dan saya dikejarkan ke Hospital Yan sebelum dihantar mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
"Saya juga dimaklumkan rakan sekerja ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat tidak lama kemudian," katanya yang patah bahu dan cedera di muka serta badan.

Mohd Muslim yang sudah bekerja sejak enam tahun lalu berkata kejadian itu adalah kali pertama berlaku dan sedikit sebanyak meninggalkan trauma kepadanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja, Muhammaad Solleh Abdul Halim, 28, berkata kejadian menimpa dirinya diibarat umpama mati hidup semula selepas terperangkap dalam kereta ketika arus deras akibat kepala air melanda kawasan itu.
Beliau yang bekerja sebagai chef di resort itu sejak tujuh lalu itu dalam perjalanan pulang turun dari Gunung Jerai, namun terpaksa memberhentikan kereta kerana terdapat pokok yang tumbang.

"Ketika itu rakan sekerja yang juga dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal berhenti dan cuba mengubah pokok terbabit.
"Sewaktu rakan mahu mengubah pokok itu, secara tiba-tiba arus deras akibat kepala air datang membuatkan kereta saya hanyut sejauh satu kilometer. Saya hanya mampu berdoa dan terbayangkan wajah isteri yang menunggu di rumah kerana menyangka mungkin akan mati," katanya.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu ngeri.. semoga yg terkorban ditempatkan dikalangan org beriman.

Kepala air mengejut je menyerang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
iols penah naik gunung jerai dan pegi resort atas tu beberapa bln sebelum covid.. ya Allah x terbayang kalau kejadian tu berlaku depan mata.. Al-fatihah pada yg terkorban.. semoga roh dicucuri rahmat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah kepada yang dah pergi...
moga cepat sembuh kepada yang terselamat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh bayangkan apa perasaan dia saat tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062672 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list