Aktres Sherie Merlis telah pun memuat naik ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak yang telah menolong dirinya dalam menangani isu adiknya positif Covid-19 yang terpaksa kuarantin di rumah.
Malahan Sherie turut menyifatkan rakan seninya, Fizz Fairuz umpama Ebit Liew kerana laju menghubungi pihak klinik bagi menyelesaikan masalahnya.
Tindakan pantas itu membuatkan adik, suaminya dan dua anak mereka di bawa ke puasat kuarantin Hotel Royal Chulan selama 10 hari. Jadi ianya memudahkan kerjanya bagi menjaga ibu yang terlantar sakit dan ayahnya yang baru pulang dari hospital serta kanak-kanak lain.
Foto G
Sementara itu, ramai yang bertanyakan bagaimana situasi rumah aktres ini memandangkang tiada video house tour, dan kebetulan Nafidz Razak yang menghubungi Klinik Zahran menunjukkan ujian calit dilakukan terhadap semua ahli keluarga Sherie.
Jadi, rumah dua tingkat dua bilik ini mempunyai persekitaran lebih baik untuk warga mas dan kanak-kanak di rumah ini.
Semoga Sherie Merlis tabah dan ahli keluarga lain segera sembuh. - CARI
|