RM78 juta untuk kerja pemulihan YanM Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman - Ogos 23, 2021 @ 3:18pm[email protected]
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir di Taman Lembah Merbok di sini, hari ini, sempena lawatan bencana ke Merbok dan Yan. NSTP/Danial Saad
YAN: Kerajaan Pusat mengumumkan peruntukan RM78 juta bagi melaksanakan kerja pemulihan daerah ini dan Kuala Muda yang terjejas akibat bencana kepala air dan banjir lumpur, Rabu lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu termasuk bagi naik taraf sistem saliran, pembinaan dua jambatan baharu dan pembaikan infrastruktur yang terjejas.
Selain itu, katanya, penilaian terhadap kerugian yang dihadapi mangsa termasuk kawasan sawah akan dilakukan sebelum bantuan dapat disalurkan.
|