Nampaknya, lama kelamaan sesetengah perkataan di dalam Bahasa Melayu akan luput ditelan zaman apabila ramai yang menggantikannya dengan perkataan Bahasa Inggeris.
Portal Awani dikritik apabila menggunakan perkataan Partipasi di dalam posternya. Walhal perkataan dalam Bahasa Melayu boleh digunakan iaitu Penglibatan atau pun Penyertaan.
Bagi netizen, Bahasa Melayu tidak miskin dengan kosa kata hingga terpaksa meminjam di tempat yang tidak perlu.
Foto: Twitter
Walaupun ada perkataan partisipasi dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), adalah semoleknya menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Foto: Twitter
Mohon pihak berwajib melihat isu sebegini diutamakan. Siapakah yang akan mengangkat bahasa kebangsaan jika bukan kita sendiri? - CARI
|