CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1076|Reply: 0

[Perlis] Raja Perlis harap pelantikan Ismail Sabri bawa kestabilan negara

[Copy link]
Post time 24-8-2021 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Raja Perlis harap pelantikan Ismail Sabri bawa kestabilan negaraOgos 24, 2021 @ 2:22pm




KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan akan membawa kepada kestabilan negara.

Baginda juga berharap Ismail Sabri mampu mengurus dan menangani pandemik COVID-19 yang memberi kesan mendalam terhadap kehidupan rakyat.

"Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di atas pelantikan sebagai perdana menteri kesembilan dan berharap agenda pembangunan negara dapat diteruskan bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19," titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks DUN Perlis dekat sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah kombinasi dua situasi iaitu wabak COVID-19 dan iklim politik negara yang tidak menentu memberi kesan negatif kepada agenda pembangunan negara yang secara amnya terjejas dengan serius.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah kekeliruan dan ketidaktentuan politik ini juga tidak sihat kepada iklim pelaburan negara dan pelabur tidak akan tertarik untuk melabur dalam situasi begini.

"Pelabur sedia ada mungkin akan menarik pelaburan mereka dan berhijrah ke negara lain yang dilihat lebih menarik," titah baginda.
Titah baginda jika situasi begini berterusan, ia bakal merencatkan agenda pembangunan negara.

"Bagaimanapun beta merasa agak lega kerana iklim politik di Perlis adalah tenang dan stabil. Beta ingin menyeru supaya ahli berhormat (Ahli Dewan Undangan Negeri) sentiasa berfikiran rasional dan saling bekerjasama dalam mengekalkan kestabilan ini.

"Letakkan kepentingan rakyat di hadapan mengatasi kepentingan politik peribadi. Beta yakin dengan perancangan teliti Kerajaan Negeri, didorong pula oleh suasana politik yang stabil, Perlis akan menjadi destinasi menarik kepada pelabur-pelabur dan akan terus bergerak maju," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda bersyukur kerana Perlis telah memasuki Fasa Tiga Program Pemulihan Nasional (PPN).

"Ini bermakna rakyat sudah dapat bergerak dengan lebih bebas, rakyat boleh menjalankan lebih banyak lagi aktiviti ekonomi harian dan berpeluang mencari punca pendapatan untuk mengurangkan bebanan kos hidup keluarga serta ia menyumbang kepada pemulihan ekonomi dengan lebih cepat," titah baginda.

Baginda turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha menangani wabak ini.

Titah baginda peranan besar mereka berada di barisan hadapan perlu diberikan pujian dan syabas kepada seluruh rakyat yang telah memberikan kerjasama rapat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. – BERNAMA
negara, COVID-19, perasmian DUN Perlis

Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks DUN Perlis dekat sini hari ini. - Foto NSTP/Aizat Sharif










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044395 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list