CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 0

[Kedah] Kabinet biar kecil, tetapi cekap - Tun M

[Copy link]
Post time 24-8-2021 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Kabinet biar kecil, tetapi cekap - Tun M[size=0.8]Oleh Hamzah Osman - Ogos 24, 2021 @ 4:34pm[email protected]


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - NSTP/Hamzah Osman



LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengesyorkan Kerajaan Pusat yang baharu membentuk Kabinet bersaiz kecil dan dianggotai hanya mereka yang berkebolehan serta cekap dalam pentadbiran.

Beliau berkata, pemilihan anggota Kabinet sepatutnya dibuat dengan penilaian teliti dan mengambil kira kebolehan serta kecekapan bekerja.
"Saya harap (Kabinet yang akan dibentuk Perdana Menteri baharu) saiznya tak berapa besar, tak macam Kabinet sebelum ini.
"Untuk menjadi menteri, sepatutnya kena ada kebolehan, tidak seperti sesetengah menteri dalam Kabinet terdahulu, tak kerja apa pun.

"(Mereka) Tidak buat kerja dan cuma dapat gaji sahaja. Janganlah jadi macam itu... (pilih) yang ada kebolehan," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di sini, hari ini.

Dr Mahathir turut mengingatkan pimpinan baharu kerajaan supaya tidak memperlihatkan kepada umum bahawa tawaran jawatan menteri kepada kepada Ahli Parlimen sebagai sogokan untuk meraih sokongan.

Semalam, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata senarai nama barisan Kabinet baharu dijangka diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, mengulas mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata, Ismail Sabri perlu menutup pintu kepada kluster mahkamah dan ahli politik yang ada sejarah melompat parti.

"Geng kluster mahkamah tak boleh ada dekat dengan kerajaan (baharu). Sepatutnya, mereka diasing dan jangan dipilih jadi Timbalan Perdana Menteri.
"Jawatan Menteri pun mereka tak boleh, malah pemimpin BERSATU pun tak boleh, semuanya katak lompat," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.043265 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list