Tercabar dengan sindiran netizen, Bintang Baru Nak UP (BBNU), Asad Motawh membongkar nilai pendapatannya yang diperolehi dari laman sesawang Google bernilai RM1.5juta.
Ianya bagi menjawab perlian pengguna Tik Tok yang menyatakan Asad hanya anak orang kaya yang melebih-lebih.
Dengan tarian kegembiraan, penyanyi lagu Senyum ini mendoakan sesiapa jua yang meninggalkan komen positif.
Bagaimanapun bagi segelintir netizen, perbuatan Asad lebih membuatkan orang menyampah.
Foto: TIk Tok
Namun begitu, ada juga yang bersangka baik bahawa tindakan Asad sekadar membuktikan yang dia boleh mencari pendapatan tanpa bergantung dengan ibu bapanya.
Foto: IG
Google Net Worth adalah perkiraan laman sesawang tersebut berdasarkan aset yang dimiliki setelah ditolak liabiliti. Ia biasanya membabitkan orang ternama dan personaliti media sosial.
Jadi, salah ke tindakan Asad? - CARI
|