View: 2124|Reply: 18
|
Ada Tiga Reptilia Tak Bercakap, Lelaki Diculik Dan Dibogelkan Makhluk Aneh
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki dari Bedfordshire, England mendakwa pernah diculik oleh sekumpulan makhluk asing yang menyerupai haiwan reptilia dan dibawa masuk ke dalam objek terbang tidak dikenali (UFO) sebelum dibogelkan di atas katil, lapor akhbar Daily Star semalam.
Philip Kinsella mendakwa, dia telah berjumpa dengan makhluk asing pada tahun 1989 ketika terjaga pada tengah malam sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah UFO.
“Saya mendapati diri saya berada dalam satu suasana seperti bilik perubatan yang kelihatan suram dan amat panas. Saya juga sedang berbogel.
“Apabila saya berpusing ke arah kanan, saya melihat tiga reptilia yang berada dalam keadaan berkabus dan tidak berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya.
Foto: Getty Images
Tambah Kinsella, dia ketakutan apabila menyedari ada sesuatu yang telah ditampal pada bahagian bawah tubuhnya.
“Saya menjerit ketakutan kerana saya mahu alat itu ditanggalkan dari badan saya,” katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan dan tiada sifat belas kasihan.
Kinsella kemudiannya didakwa diselamatkan oleh suatu ‘benda hidup’ yang kecil dan berwarna kelabu.
Ketika ia muncul, alat yang ditampal pada badannya secara tiba-tiba hilang dan talinya tertanggal sebelum ketiga-tiga reptilia tersebut hilang.
“Terdapat kesan fizikal pada tubuh saya keesokan harinya. Abang saya menjumpai tiga kesan berbentuk segi tiga pada belakang telinga kanan, tiga kesan pada lengan kanan dan pendarahan pada lubang hidung kanan saya yang berhenti selepas dua tahun,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya menjerit ketakutan kerana saya mahu alat itu ditanggalkan dari badan saya,” katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan dan tiada sifat belas kasihan.
Kalau mahkluk asing tu maknosia, dah kena belah perut kau kena jual organ kau di pasaran gelap. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah baca dkt benang konspirasi yg ratu boleh bertukar jadi reptile..ntah2 sheols yg culik tak |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk CI terus berdekah gelak baca topic ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reptilia dari teori iluminati kah? ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
reptilia tu bukan asal dari kisah2 tamadun purba spt babylon kah.... tetapi kisah reptile ini juga ada diceritakan oleh nenek moyang afrika. pernah tengok seorang reporter interview orang2 tua diafrika cerita pasal ni pada zaman 70an. tak taulah pulak iluminati pun ambik cerita ni dan jadikan asas tindakan mereka, sebab ilmuninati ni bukan anggotanya terpelajarkah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaki dadah ni tengah khayal. |
|
|
|
|
|
|
|
Since UK defense ministry reveal documents tentang Ufos and aliens ramai brits ngaku jumpa alien.... Before americans saja yang cerita |
|
|
|
|
|
|
|
nak percaya ke tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu makhluk asing tu pulangkan balik tak baju ko? |
|
|
|
|
|
|
|
haha, aku pn fikir begitu
|
|
|
|
|
|
|
|
yooo lahhh. ntah2 khyal mndadih |
|
|
|
|
|
|
|
katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan tadi ko juga yang kata mereka reptilia. nak amik ketum lenkali rebuslah dulu, minum air ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Demiurge tersenyum sinis atas 'Arasy |
|
|
|
|
|
|
|
Dan2 tiba2 hilang.. takde pulak cerita cemane di bawak turun dari ufo tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|