|
Bimbang keselamatan pekerja selepas 10 ahli keluarga dijangkiti wabak Covid-19, Aiman Tino membuat keputusan menutup kedai makannya buat sementara.
Ujar Aiman, dia mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak diri dan pekerjanya daripada dijangkiti virus maut ini.
Foto: IG
“Saya tutup kedai masa ahli keluarga kena Covid-19, saya ambil langkah berjaga-jaga sebab saya paranoid masa tu.
“Saya fikir balik daripada saya kena benda tu, takut staff saya pun kena lebih baik tutup dulu kedai,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Aiman bersyukur ahli keluarganya telah pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19.
“Setiap hari saya video call keluarga sehingga hari ini, Alhamdulillah keluarga saya dah recover, terutamanya emak saya dah pulih sepenuhnya.”
Pada 4 Ogos lalu, ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil memberitahu 10 ahli keluarga mereka positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|