Apabila sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR) sudah setahun lebih, ibu bapa, anak-anak dan guru mempunyai tekanan tersendiri. Ada yang masih kekal bersemangat tetapi ada juga yang sudah jemu belajar.
Pengguna Facebook ini menceritakan kegeramannya terhadap anak lelaki berusia 11 tahun yang lebih suka bermain permainan video berbanding belajar.
Kemuncak kemarahannya ialah si ibu membaling buku teks ke luar rumah dan mahu menumpangkan anaknya di rumah kebajikan. Namun tiada tindak balas diterima oleh anak membuatkannya bertambah bengang.
Foto :FB
Menurut netizen, bukan itu cara yang sepatutnya dilakukan kerana buku teks tidak bersalah sebaliknya penggunaan gajet yang menjadi punca.
"Anak ketagih skrin telefon. Jadi kita tarik nikmat dunia tu (hukuman negatif). Ini ialah tindakan yang logik dan berkait."
Bagaimanapun, setelah tular post tersebut, guru si anak kemudiannya memberikan nasihat kepada pengadu dan anaknya supaya lebih bertenang dan juga cara menyelesaikan masalah ini.
Foto : Twitter
Netizen turut berkongsi pendapat bahawa ketagihan gajet adalah dadah baru dalam dunia teknologi maklumat ini. Untuk menghakimi seorang ibu kerana bertindak kurang waras mungkin mudah tapi pasti ada penyelesaiannya.
Foto : Blog
Jadi, hanya tindakan bijak ibu bapa sahaja yang mampu mengubahnya. Anda ada pengalaman serupa? - CARI
|