View: 3647|Reply: 17
|
Dah Nak Siap Jiran Bawah Rumah Pula Gaduh-Macam-Macam Ujian Misha Omar Rakam Lag
[Copy link]
|
|
Cabaran kerja dari rumah turut dilalui golongan selebriti antaranya Misha Omar yang berdepan pelbagai ujian ketika melakukan rakaman nyanyian di rumah.
Misha atau nama sebenarnya Samihah@ Aisah Omar yang juga salah seorang peserta program amal CovAiD #BaikSemula berkata, kediamannya berdekatan jalan raya sehingga terpaksa melakukan beberapa kali rakaman.
Foto: IG
"Sebenarnya cabarannya besar sekali sebab selalunya kita cuma bawa instrument kita iaitu suara untuk rakam.
"Tapi sekarang kita susun sendiri semuanya. Saya pula tak pakai nak potong rakaman... saya kena belajar. Maknanya satu lagu tu, dari awal dan akhir.
"Bayangkan rumah tepi jalan, banyak gangguan dari bunyi kenderaan di luar. Tengah rakam lagu, masuk bunyi lain juga. Terpaksa rakam lagi sekali.
"Kadang-kadang dah nak siap rakaman lagu itu tapi terdengar, jiran bawah rumah bergaduh pula. Itulah cabarannya," kata Misha kepada mStar.
Misha ditemui di sesi Chillax secara maya bersama penyampai Hot FM, Haziq Hussni dan Riena Diana serta barisan artis yang terbabit menjayakan Program Amal COVAiD #BaikSemula, baru-baru ini.
Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan sesi Chillax itu adalah Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Hujan, Meer Nash, Dolla, Amir Masdi dan Shalma Eliana.
Program Amal COVAiD #BaikSemula yang akan menampilkan 43 orang artis itu bakal berlangsung menerusi akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September depan, bermula 12 tengah malam selama 24 jam.
Dalam pada itu, Misha memberitahu dia dan rakan selebriti yang lain sahut cabaran tersebut demi mengumpul dana bagi Tabung Kemanusia Media Prima-NSTP.
"Semangat artis dah lama kena kurung... kena la gigih juga. Apa saja cabaran, kita kena lakukan juga. Sebelum ini kita hanya bantu rakan terdekat.
"Tapi saya percaya dengan gabungan suara 43 artis ini, Insya-Allah kita akan cipta satu gelombang yang kuat untuk membantu," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x blh digest nape dia suka sgt nama kak mitch tu. Tak catchy laa{:dot{:full{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni jenis muka x pyah makeup sgt..jelita...kalau makeup dia jd derita...ehh..kalau umah jenis ekon ..kedap bunyi kee..almkalumla aku reban je |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu, bukannya tiap2 hari pun kena rakam lagu kan. Kalau cikgu2 yang kena rekod video or buat gmeet utk student tu lain la kalau nak komplen pun sbb hari2 mmg kena mengadap benda tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saja nak busybody... Knp dia tulis kat bio yg dia bini pertama erk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian jiran dia ..mcm diaibkan pulak gaduh2... |
|
|
|
|
|
|
|
jiran iolss pun tgh renovate rumah. dah la haritu adik iolss tgh final exam
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak sulung dia yang anak angkat tu, muka ada iras suami dia.
Org kata amik aura org yang membela. Lama lama jadi iras.
|
|
|
|
|
|
|
|
aah la... ko sebut, aku usha, baru perasan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cer kak mitch kontek bazli unic mcm mana dia set up microphone dan audio devices suma tu since tiap2 malam dia buat live. Xpn tny hael sbb heshe creative bab2 home studio recording ni. Nabila huda pn siap beli HD sony camera dgn mic clip lagi utk bg video Melodi setanding dgn produksi level. Rsnya kalau pakai condenser mic dan mix suara dan muzik pakai device2 yg byk kt shopee tu, xda la sgt kot isu jiran bgaduh ke apa ke kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sape jiran bawah cepat ngaku ahhha leh laaa glemer |
|
|
|
|
|
|
|
Suami dia kahwin lg sorang time pkp ni ke |
|
|
|
|
|
|
|
buat home studio bagi elok, boleh ja beli soundproof wall pasang sendiri kat bilik. Cikgu2 yg dok ngajar buat studio sendiri saja. Shopee pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Taraf penyanyi professional ni dah boleh invest buat home studio dah.
Awak tu bukan level youtuber anak bilis kong kang bunyi bising kat background.. |
|
|
|
|
|
|
|
fry replied at 30-8-2021 02:16 PM
dia ni jenis muka x pyah makeup sgt..jelita...kalau makeup dia jd derita...ehh..kalau umah jenis eko ...
X kedap bunyi..mcm jiran belakang rumah aku ni..bersapranooo petang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
sound proof kan aje satu bilik kat rumah.. Bunyi luar tak dengar, jiran pun tak meluat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|