"Alhamdulillah..kami cuba juga ambil vaksin."
Pelakon Balkisyh Semundur Khan beberapa hari lalu memaklumkan dia akhirnya menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas beberapa doktor pakar berbincang mengenai situasinya.
Kredit foto: IG
Kata Balkisyh di Instagram, dia mempunyai reaksi alahan pada bahan suntikan yang boleh membahayakan nyawanya.
"Dah pernah jadi suatu ketika dahulu yang mana nyawa saya hanya 50/50," tulisnya.
Kredit foto: IG
Di penghujung hantarannya, Balkisyh meminta orang ramai mendoakan tidak mengalami kesan sampingan teruk akibat suntikan itu.
Kredit foto: IG
Semoga dipermudahkan segala urusan Balkisyh. - CARI |