Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meluahkan rasa kecewa terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung pembaziran vaksin.
Khairy menerusi Instagram berkongsi tangkap layar berita mengenai jutaan pembaziran dos vaksin dibuat oleh AS dalam tempoh setengah tahun.
Kredit foto: FB
Jelas Khairy sangat terkilan dengan pembaziran itu apatah lagi kurang dari 10 peratus populasi di negara-negara miskin masih ada yang belum menerima dos vaksin.
“Sangat menyedihkan. Kita melawan ketaksamaan dan penghantaran vaksin global sebelah pihak hanya untuk negara kaya mendapat program vaksinasi terpantas di dunia.
"Bayangkan negara-negara miskin yang mana 10 peratus populasi mereka belum divaksin, hanya melihat negara kaya membazir vaksin untuk menyelamatkan nyawa.”
Kredit foto: IG Story/Murai
Pembaziran seperti ini sepatutnya boleh dielakkan jika pengurusan dan pengendalian program vaksinasi dilaksanakan dengan baik.
Sumber: Murai |