"Saya masuk RM1,000, RM500 untuk baju, RM500 lagi awak bagi kat orang sambal tu ya."
Pelakon, Amar Asyraf berasa terharu kerana rakan seperjuangan, Zizan Razak sanggup membeli baju yang dijualnya serta menghadiahkan pula kepada penonton semata-mata untuk membantunya.
Sesi live hampir sejam itu adalah untuk menjual baju dan produk makanan demi meneruskan kelangsungan hidup. Namun, tidak disangka bahawa Zizan bukan setakat berbual mesra, malah memberikan kata-kata semangat kepada aktor Setia Hujung Nyawa ini.
Bagi Amar, ketika dalam kesusahan, ada sahaja insan yang sanggup menolongnya seperti Johan Asari, Zahiril Adzim dan terkini Zizan Razak yang membuatkan penonton turut berasa sebak.
Manakala bagi Zizan pula, niatnya bukan menunjuk-nunjuk kerana rezeki itu adalah pemberian Allah. Malah, dia turut meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi jika memerlukan pertolongan.
Foto g
Netizen turut memuji kebaikan yang ditonjolkan Zizan.
"Alhamdulillah, rezeki. Jujur aku cakap, setiap hari tengok live Amar. Biasa viewer 30 lebih ja, struggle nak menjual. Tapi Allah utuskan Zizan untuk membantu."
Foto G
Ternyata pandemik Covid-19 banyak membuatkan ramai yang hilang punca pendapatan, apatah lagi bagi Amar yang sudah beralih ke bidang dakwah. Ternyata kebaikan yang ditonjolkan Zizan bukan sahaja membuatkan Amar sebak tetapi juga kita sebagai penonton.
Semoga yang baik-baik sahaja kepada semua. - CARI
|