"Kalau masih hidup, cepatlah bertaubat. Takut esok-esok pergi ke 'negeri abadi' masih tak dapat kemaafan daripada saya."
Pelawak Ali Puteh menerusi posting terbaru di Instagram menyuarakan kekesalannya terhadap pihak yang masih menuduhnya membelanjakan harta Allahyarham abangnya, Abam Bocey.
Kredit foto: IG
Ali meyifatkan individu terbabit sangat biadab dan menyatakan hasratnya untuk mencari pemilik akaun itu.
Kredit foto: IG
Di ruangan komen, orang ramai memberi kata-kata semangat supaya Ali banyak bersabar, tidak kurang juga yang bersimpati dengannya kerana sering difitnah warganet.
Kredit foto: IG
Bertabahlah Ali. Kalau semua komen negatif nak dilayan, memang hidup di dunia ini tidak akan pernah tenang. - CARI |