"Saya tak rasa saya selebriti yang perlu jaga eksklusiviti, bagi saya biarlah saya dilihat eksklusif kerana hasil kerja."
Bagaikan supermodel! Penampilan aktres Mimi Lana dalam sebuah majalah tempatan sangat magis!
Dalam rona hitam putih, pelakon tinggi lampai ini kelihatan berbeza hingga memukau ramai netizen termasuklah deretan artis.
Ianya umpama jelmaan artis yang bijak bermain kamera seperti lagenda Norkumalasari, Nasha Aziz dan Scha Al-Yahya.
Peliknya, Mimi, 26, tidak pula mahu dilihat eksklusif!
Foto G
Menurut Mimi lagi, dia tidak menganggap dirinya sebagai selebriti, sebaliknya orang biasa yang bekerja sebagai pelakon.
"Kalau gambar tak cantik, saya tak post la. Tapi apa yang orang nampak di Instagram itu hanyalah 30 peratus kehidupan saya."
Malahan, ramai rakan artis turut memberikan pujian di atas hasil karya yang menakjubkan itu. Antaranya ialah Scha Alyahya, Azira Syafinaz, Zoey Rahman, Shalma Aina, Nadya Nisa, Daiyan Trisha, Shasha Abdul dan ramai lagi.
Foto : IG
Dengan bakat, rupa dan pembawaan diri, pastinya Mimi akan mengikuti jejak langkah pelakon lain yang menjadi eye candy peminat seni tempatan. - CARI
|