View: 2220|Reply: 8
|
Bayi Dicucuh Putung Rokok Dan Ditumbuk Muka, Anzalna Nasir Mohon Pendera Dihukum
[Copy link]
|
|
Berita mengenai seorang bayi berusia setahun empat bulan yang didera oleh ibu dan bapa kandung sendiri benar-benar meruntun jiwa masyarakat.
Foto: IG
Terkesan dengan perkara itu, selebriti terkenal Anzalna Nasir, 33, turut meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak berperikemanusian yang dilakukan oleh individu berkenaan.
Pelakon drama Bangkitnya Seorang Perempuan ini berharap pasangan suami isteri itu diberi hukuman berat atas kesalahan yang dilakukan.
"Sejujurnya sejak ada anak apabila baca berita macam ni buatkan saya terlebih emosi!
"Ya Allah sakitnya hati baca. Tolonglah hukuman gantung terus orang macam ni, tak perlu bagi peluang untuk hidup," katanya.
Anzalna yang juga memiliki seorang anak lelaki bernama Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun berkongsi rasa kesal itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.
Foto: via mStar
Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik paparan skrin laporan berita mengenai penderaan yang dilakukan terhadap bayi lelaki itu.
Sebelum itu, media melaporkan seorang bayi terpaksa menahan kesakitan apabila dicucuh puntung rokok dan ditumbuk pada muka.
Selain itu, terdapat juga kesan ditekap dengan seterika pada badan bayi lelaki berkenaan.
Kecederaan itu dipercayai akibat didera ibu bapa sendiri di Felda Jalor Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, polis menahan ibu bapa bayi terbabit di sebuah klinik kesihatan selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat mangsa, pada 25 Ogos lalu. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa la dlm kepala otak makpak budak tu..kawin muda kah..gomen dah boleh start edar kondom free pada parents2 tak sedar diri nih..perit nye hari2 budak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
I pon geram wei sebab i rasa hilang anak berkali2 setelah bergelut nak mengandung. Tu belum kira lagi pergi hospital/klinik macam pergi speedmart. Last2 terpaksa tutup kilang. Sedih tau tengok orang yg senang2 dapat anak pastu senang2 dera anak. Tolong la buat hukuman rejam atau tikam bertubi2 sampai mampos musibat2 yg terlibat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ciktiekus replied at 6-9-2021 01:53 PM
Apa la dlm kepala otak makpak budak tu..kawin muda kah..gomen dah boleh start edar kondom free pada ...
Meouls juga harap kerajaan pertimbangkan hukuman pemandulan individu yg mendera atau merogol anak mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Cucuh je balik orang tu hari2 sampai la kulit dia mengelopak hingga tinggal isi dan bangkai campak ke dalam zoo negara.. gila punya orang... Dah tahu tak mampu, belum sedia mental dan fizikal nak bela anak yang gigih ko nak main dan beranak jugak dah kenapa. mandulkan je dua2 eko tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Tumbuk, cucuh bara besi terus
Tau ngesek sedap
yang tak sedap bila ko tak ready nak jadik makpak tapi dah tekeluar sorang
lagiiii tak sedap bila kome makpak pergi naya anak tu padahal anak tu tak mintak dilahirkan ke donya
lain kali tumbuk organ peranakan masing2 jahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Eh I tak tahu pun news ni. Sedih and geramnya baca. Nasib baik dr yg rawat tu alert dgn keadaan baby tu, terus pi buat report. Kalau tak apa la nasib baby tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lom bersedia nak anak, tak yah la ada anak. Mak paknya bodoh & jahat ni, moga kena penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Fortiori02 replied at 7-9-2021 07:09 AM
Kalau lom bersedia nak anak, tak yah la ada anak. Mak paknya bodoh & jahat ni, moga kena penjara
Kadang nak berlawan dengan kawan2. Boleh update medsos dengan #struggleisreal
Tengok kawan kawin, nak jugak kawin.
Tengok kawan beranak, nak jugak beranak.
Lepas tu mengeluh tapi post kat medsos macam dia la mak yang terpaling segala hal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|