View: 1922|Reply: 13
|
Suami Bengang Isteri Banyak Cakap, Hentak Kepala Ke Dinding Sebelum Mati
[Copy link]
|
|
Kaherah: Tidak tahan banyak bercakap, seorang lelaki Mesir didakwa membunuh isterinya di depan anak mereka.
Gulf News melaporkan, lelaki itu menghentak kepala isterinya ke dinding beberapa kali sehingga mangsa tidak sedarkan diri di depan tiga anak mereka.
Menurut polis tempatan, lelaki itu mengaku membunuh isterinya dan mendakwa melakukannya kerana wanita itu banyak bercakap.
Laporan media mengatakan pada hari kejadian, pertengkaran mulut bertukar panas apabila lelaki itu menyerang isterinya dan menghentak kepala mangsa ke dinding beberapa kali.
Gambar Hiasan
Keesokan pagi, lelaki itu meninggalkan rumah untuk bekerja dan membiarkan isterinya di dalam bilik dan menyangka dia tidur.
Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memberitahu si ibu meninggal dunia dan dia bergegas pulang ke rumah.
"Kami membangunkannya, tetapi ibu sudah tidak bernyawa," kata anaknya.
Suspek membawa isterinya ke hospital tetapi mangsa gagal diselamatkan.
Bagaimanapun, laporan perubatan menunjukkan sebab kematian akibat hentakan kuat dan beberapa lebam di badan sebelum kes itu dirujuk kepada polis.
Siasatan menunjukkan berlaku pertengkaran mulut membabitkan pasangan itu mengenai keluarga.
Bagaimanapun, dia mengaku membunuh isterinya secara tidak sengaja kerana wanita itu banyak bercakap. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
iols kagum dengan pompuan kaki bebel as dont have the same energy..tak letih ke |
|
|
|
|
|
|
|
makn bercakap makin byk energy nya.
seolah tersampuk kena rasuk.
tips utk org yg mendengar buat bodoh ja. masuk tlinga kanan keluar tlinga kiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terbaca org yg byk membebel ni sbnrnya sbb byk benda fikir dlm otak dia. Kalau tak luah mcm satu beban. Blh menyebabkan alzheimer ni. |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians replied at 9-9-2021 12:30 PM
makn bercakap makin byk energy nya.
seolah tersampuk kena rasuk.
tips utk org yg mendengar buat ...
iols perasan yang kaki bebel ni habis dia ungkit semua yang tak berkait..kena pulak yang mendengar tu cepat panas tu yang jadi macam2 kena pukul bagai kan dah duk provok camtu |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu benda 4 tahun lepas tetiba dia korek, padahal 2 tahun sudah pun dia dah korek juga.
mmg kena buat pekak je kalau berhadapan org kuat bebel.
seolah air empangan naik, kalau tak buka empangan, boleh pecah. so buka je awal2 bg dia lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
time becinta dulu okay je tapi..
isteri2 makin lama makin teruk bebel nonstop sebab diorang tau husband2 diorang tak balas balik/ berani nak hentak mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin jenis suara nyaring, high pitch menjerit-jerit
sejam dua membebel bagi dia rilek je
kita yang dengar la bingit telinga. kadang2 berdesing
macam tsunami dia punya bebelan tu. takde belas kasihan kat orang yang mendengar
asalkan dia puas
tapi tu la, lidah setajam pisau
terlajak perahu, boleh diundur,
terlajak kata, buruk padahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku yang perempuan ni pon bingit weyh dgr bebel..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka sangat bini tu, ko lepaskanlah dia. Apa jadahnya pi bunuh dia? |
|
|
|
|
|
|
|
takde ucap takziah kt arwah..semua ckp psl bebel
takziah ..pasni take note yach acik porem jgn bebel kt laki..buat mogok jah..kalau sentap xyah masak..duk diam lyn kpop |
|
|
|
|
|
|
|
sian anaknya, mak meninggal, ayah ke dalam |
|
|
|
|
|
|
|
danggggg
kalau sampai hentak2 tu macam mana laa sheol bebel kan...
1000k words per minute
Pitching, tones lagi
kesian anak2 terpaksa tengok semua tu
takziah diucapkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|