CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 0

Dah Bakar Baru Sedar Mercun Disalut Lembaran Al-Quran

[Copy link]
Post time 13-9-2021 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Polis menyiasat dakwaan lembaran al-Quran dijadikan ‘kertas’ penyalut mercun di Ciledug, Kota Tangerang.


“Ya, itu benar, kita masih siasat,” jelas Ketua Polis Ciledug, Lumban Gaol seperti dilaporkan CNN Indonesia.




Kredit foto: Detik.com




Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.


Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Tangerang, Abdul Rachim berkata, berdasarkan keterangan saksi, al-Quran yang dijadikan penyalut mercun itu ditemui selepas majlis pernikahan penduduk di kawasan berkenaan.


“Dalam majlis itu, kebiasaannya mereka membakar mercun yang dibeli dari sebuah kedai di Kampung Kebon Manggis,” katanya.


Beliau memberitahu, mercun itu dibeli pada Jumaat lalu dan disedari penduduk ketika selesai membakar mercun.




Kredit foto: IG ciledug24jam




Perkara itu tular dalam media sosial selepas seorang netizen memuat naik video yang menunjukkan lembaran al-Quran pada mercun berkenaan.


Netizen itu menjelaskan penemuan itu bermula ketika seorang penduduk mengadakan majlis pernikahan pada Sabtu lalu dan ada keraian membakar mercun.


“Ketika selesai, ternyata bahan kertas yang digunakan untuk menyalut mercun itu adalah al-Quran. Pada mulanya kami tidak tahu kerana kertas balutannya berwarna merah dan putih,” jelas netizen berkenaan.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.032677 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list