CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4562|Reply: 31

Guna Bahasa Inggeris Ajar Bahasa Melayu Dalam 40 Tahun Akan Datang

[Copy link]
Post time 13-9-2021 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Kira-kira 40 tahun dari sekarang, Bahasa Melayu mungkin perlu diajar menggunakan Bahasa Inggeris.


Demikian senario yang mungkin berlaku, menurut pakar bahasa, Dr Mohamed Aidil Subhan semasa menyampaikan ceramah dalam Siri Cendekiawan Lestari anjuran Yayasan Warisan Melayu sempena Bulan Bahasa.


Berita Mediacorp melaporkan, dalam ceramah tersebut, Pensyarah Kanan di Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang (NTU-NIE) itu menyampaikan topik ‘Bahasa Melayu Dijunjung, Bahasa Inggeris Digendong – Perspektif Perancangan Bahasa Melayu di Singapura Menjelang 2065’.








Beliau juga meluahkan keprihatinan tentang penggunaan bahasa Melayu yang semakin kurang menjadi bahasa utama dalam keluarga Melayu.


Menggunakan data Banci Penduduk, Mohamed Aidil berkata, pada 1980 lebih 97 peratus keluarga Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rumah.


Bagaimanapun, 40 tahun selepas itu, banci tersebut mendapati bilangannya menjunam kepada sekitar 60 peratus pada 2020, dengan Bahasa Inggeris sebaliknya terus semakin dominan dalam rumah Melayu.


“Perlu ada perubahan dalam cara kita mengajar. Sekarang kita mengajar Bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu.


“Mungkin menjelang 2065, kita perlu mengajar Bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa lazim pelajar. Sebab Bahasa Melayu mungkin tidak akan lagi menjadi bahasa lazim para pelajar semasa di rumah," katanya.


Menurut beliau, perancangan Bahasa Melayu dari segi pendidikan sudahpun dilaksanakan pemerintah dan sekolah-sekolah menerusi pelbagai kempen dan pendidikan.


Jurang di luar domain pendidikan perlu diisi pula oleh ibu bapa, katanya.


Ibu bapa juga memikul tanggungjawab untuk mencegah unjuran tersebut daripada menjadi kenyataan.


Dalam hal itu, beliau berkata, ibu bapa perlu menggunakan domain di rumah sebagai ruang untuk penggunaan bahasa Melayu.


Dalam ceramahnya itu, beliau menceritakan satu pengalaman peribadi bagi memaparkan betapa penggunaan bahasa di rumah berperanan mendidik anak kecil tentang penggunaan dan kosa kata bahasa Melayu.


“Saya ingat, saya pergi ke sebuah sekolah, ada pelajar cakap dengan cikgunya: ‘Cikgu saya tidak dapat habiskan kerja rumah’. Cikgunya tanya kenapa. Dia kata: ‘Saya tolong atuk saya sental bilik air’.


“Saya bila dengar ‘sental bilik air’, saya rasa syahdu. Sebab istilah sental itu, sudah tidak ada orang lagi gunakan,” katanya.


Dalam pada itu, beliau juga menegaskan, masyarakat perlu faham bahawa Bahasa Melayu, juga sudah melalui evolusi yang pesat.


Katanya, masyarakat perlu mengenal pasti perancangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ibunda, serta bahasa warisan.


Beliau turut menyarankan pembentukan satu jawatankuasa untuk membincangkan istilah baru dalam bahasa Melayu di Singapura.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cakap je bahasa Melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Marilah kita lancap pula

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah sskjp tersenyum lebar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ianya mmg sdg berlaku skrg, di bumi tanah melayu,  di mana guru2  tadika,  sekolah rendah dan sekolah menengah terpaksa menjelaskan makna sesuatu bahasa melayu dalam bahasa inggeris, sangat menyedihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sental yang amat syahdu..how pathetic!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2021 10:41 PM | Show all posts
Seperti komen aku kat benang sebelah, it won't happen.

English bukan native tounge of Singaporeans so semua kaum akan stick to their own mother tounge.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn merepek lah… kalau gini, budak2 cina pun nanti blajar cina gunakn english, budak india blajar tamil gunakn english jgk ke? Cina ngan india pun speaking english kt ruma jgk.
Abih skrg budak2 melayu yg better in their malay language tu bole amik subject Higher Malay tu apa hal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa melayu singapore sgt klasik, masih guna perkataan “bilang”, mataair”
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bdk2 elit bandar je la kot mcm ni...takde maknanya la bdk2 kwsn luar bndr tu nak jd mcm tu...mengada2 la bdk mcm ni...menyusahkan cikgu...mcm bdk cina bljr bm di sklh skrg...terpaksa kwn2 yg pndai sikit tu pulak tlg dia ajar bm dlm bhs dorg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Idk about Singapore...
Sebab tengok kat YouTube pun sedehnya deme.
Ada perkataan paling senang pun deme tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 01:29 AM | Show all posts
masuk je Malaysia

lepas tu campak dekat kedai mamak

sebulan dua dah reti order sendiri. Ane! Teh tarik satu! Roti kosong dua!

pastu waiter mamak sampai pakai topi kecik, bawak makanan, goyang2 kepala

ape aku merepek ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskan sekolah SJK... Dulu puak ni xdominan yeeee.. Tp kini... Ko tgk??? Smp kan dh ade bajet utk diorg plak.... Ape kes????
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
awat bhs melayu zaman dulu lain eh cara bercakap..dlm cite p ramlee bnyi mcm belah indon gitoh..
pastu kalau tgk cite zaman 90an pelik la i dgr..panjang..mcm cite yusoff haslam..
ada someone bg i novel melayu zaman dulu..famous novel jgk la thn 90an..i baca dua page jah..ayat dia guna skema giler..mengapa kau bergini..bnyi pelik
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la kot..tgk kwn anak aku yg sekolah swasta x pandai b.cina,x pandai b.m..speaking b.i je X abis2.. sekolah2 swasta x kira English medium atau mandarin medium mmg b.m kebelakang..tgk je anak retis melayu yg sll bt tiktok tu..ckp b.m pun pelat kumain..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 ada sorang artis mana ntah cakap kat dlm satu majlis. Majlis tu di hadiri menteri Kebudayaan tak silap..
"I look idiot when i speak Malay.."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dl ada sorang blogger baking temasik ni ckp, bm ank dia semakin baik sejak skolah di malaysia
Tp sejak laki mat saleh dia buat hal, dah kena balik temasik blk dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 14-9-2021 07:42 AM

Iols selalu tgk drama2 Melayu Singapore kat channel MediaCorp kat YouTube. Kalau pelakon kanak2 mmg pelik sikit cara cakap Melayu tu, pelat keras lidahnya. Jadi mmg possible 40thn lagi mereka lagi tak pandai cakap Melayu. Kalau pelakon yg tua veteran diorang cakap macam kita ni juga. Yg muda2 sesetengah masih bunyi Melayu walaupun tone suara tu bunyi lain sikit.

Forummers dlm ni pun ada bbrp org Singapore kan.... Cuba komen sikit macamana uols cakap Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 08:53 AM | Show all posts
apa je bahasa orang melayu singapore boleh fasih? BM hancur, English memang tidak lah gerenti jadi Singlish, nak kata boleh berbahasa Mandarin tak le kot. last2 hisap dadah atau mengongkek kat stairwell jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak kepada anak buah singaporean aku takdenye cakap melayu. Semua singlish. Anak buah aku still cakap melayu dengan kami walau campur2 english..haritu ada cek BM anak2 tu time upsr anak2 umo.12 tahun singapore, punyalah senang...xtaula nak kata kalau budak2 sini tak score..tapi melayu dia baku yg pekat..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055495 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list