View: 4606|Reply: 31
|
Baru Seminggu Nikah, Dah Dapat Madu
[Copy link]
|
|
Seorang pemuda di wilayah Sumatera Selatan menjadi sensasi di Internet selepas didakwa mengahwini dua wanita secara serentak, lapor laman berita Suara.com kelmarin.
Pemuda itu yang dikenali sebagai Jek, 24, berkata, tindakannya untuk berpoligami sebenarnya tidak dirancang kerana dia hanya menurut kehendak datuk dan neneknya.
Menurutnya, ketika dia pulang ke kampung untuk bercuti baru-baru ini, datuk dan neneknya memperkenalkan dia dengan keluarga isteri pertamanya, Linda.
Jek diapit oleh kedua-dua isterinya dalam majlis perkahwinannya bersama Vivian. – Sumseuldate
“Kedua-dua keluarga bersetuju agar kami berkenalan.
“Sebagai seorang cucu yang baik dan berniat untuk membahagiakan kedua-dua buah keluarga, saya menuruti permintaan mereka untuk berkahwin dengan Linda pada Ogos lepas,” katanya.
Meskipun begitu, Jek mengaku bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai gadis pilihan yang dicintainya sejak dua bulan lalu.
Katanya, dia mengenali gadis tersebut, Vivian, ketika baru tiba di kampung datuk dan neneknya.
“Saya terlebih dahulu jatuh cinta pada Vivian dan saya tetap ingin berkahwin dengannya kerana rasa cinta yang tulus.
“Justeru, saya bersikap jujur dan menceritakan perkara itu kepada Linda kerana enggan berselindung daripadanya.
“Saya memberitahu Linda bahawa saya ingin mengahwini Vivian,” ujar Jek.
Tambahnya, dia turut mengakui bahawa sanggup menceraikan Linda yang ketika itu baru saja dinikahinya selama seminggu sekiranya wanita itu enggan membenarkan dia berkahwin dengan Vivian.
Isteri pertamanya akhirnya bersetuju dan memberi keizinan kepada Jek untuk berkahwin dengan kekasih hatinya.
“Perkahwinan kami hanya selang enam hari. Ketika majlis perkahwinan bersama Vivian, pihak keluarga meminta Linda memakai kembali pakaian pengantin agar dia turut berasa bahagia.
“Disebabkan itu, terdapat gambar tular yang mengatakan bahawa saya bernikah dengan dua wanita sekali gus, sedangkan jarak perkahwinan kedua-duanya adalah selang seminggu,” ulas Jek.
Menurut lelaki itu, sebagai suami, dia berjanji akan bersikap adil kepada kedua-dua isterinya.
“Saya mencintai kedua-duanya dan berharap dapat berlaku adil,” katanya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je muka isteri pertama & kedua |
|
|
|
|
|
|
|
Muka yisteris dedua ada senyum, suami pulak cam kena paksa kawen |
|
|
|
|
|
|
|
friska yang mana satu? |
|
|
|
|
|
|
|
org ado2 kot?
boleh provide utk 2 isteri secukupnya..
asal citer mcm ni mesti from indo..
tukar modus operandi pls.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saking obsesif Kakak sama saya, kemana-mana catut nama saya ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kau fikir nama kau sorang friska kat dunia?tolong jgn perasan bibik perosak rumah tangga wanita malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit manyak kaa? Umornya muda lagik mcm tak byk pengalaman hidup jerr lg |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah ummah Indon kemain padat sampai melimpah ke negara jiran.baru umur 24 sudah 2 isterinya dan kes mcm ni bkn kes terpencil |
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 14-9-2021 02:16 PM
Saking obsesif Kakak sama saya, kemana-mana catut nama saya ya.
alang2 awak mengkomen kt cni, dan saya plak tiba2 rajin nak menaip, saya nak tanya lah soalan yg lama bermsin di otak..
kenapa selalu ada video indonesja yg pengantin kena paksa kawin, menangis2 sampai pengsan, pastu ada ex yg pegi kenduri peluk2 cium2 dengan ex yg tengah bersanding?
pastu kes nikah serentak pun mcm selalu je baca...
kenapa ye?
mmg adat atau tahap pemikiran?
ni soalan serius bkn nganjing.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla nk berlaku adil
jgn gado mlm2 sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Muka laki kejung & stres
Mulanya laki cinta istri yg no.2, tapi dah nikah, cepat jugak laki dah cintai dua2 istrinya |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya laki… mula2 kata sebagai cucu yang baik & nak bahagiakan dua keluarga, sanggup kahwin dengan Linda. Pastu ugut Linda kata kalau tak sudi bermadu dengan Vivian, jatuh talak.. of course la si Linda tu nak madu, jatuh air muka kalau seminggu kawin then bercerai…
Haih apa2pun, semoga berbahagia ke akhir hayat. Get a life |
|
|
|
|
|
|
|
linda lg lawo dari vivian
baiknya linda ni..kalau kt malaysia ni takkan jd gini..kena tumbuk terus shuben
catut tu apa? petik ke kak friskies |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni blh la bini2 tu claim buri*t sapa yg terpaling sedap |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya mencintai kedua-duanya dan berharap dapat berlaku adil,” katanya.
bohong!
1) kalau cintakan vivian takkan kawen ngn linda sbb nk turuti suruhan kakek.
Bgtau saja saya sudah ada cewek.
Kalau dihalangi kawen la lari
2) kalau betul2 cintakan linda idokla gamak nk nikah lagi lepas baru seminggu kawen.
So ko cuma cintakan diri sendiri!
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita begini mmg byk di tanah leluhur |
|
|
|
|
|
|
|
Faktor sosial dan budaya ..rasanya kat sini susah diterima |
|
|
|
|
|
|
| |
|