View: 9487|Reply: 30
|
"Dapat Semua Yang Didoakan, Jadi Kenapa Saya Tak Nak Tutup Aurat?"
[Copy link]
|
|
Kedatangan virus maut Covid-19 sejak lebih dua tahun lalu dianggap sebagai musibah bagi kebanyakan orang, namun berbeza sebaliknya buat pelakon cantik Farah Nabilah.
Hal ini kerana menurut Farah, 29, pandemik mengubah kehidupannya menjadi lebih baik dengan dirinya mula melakukan penghijrahan kerana sepanjang menjalani tempoh berkurung di rumah, dia mengakui nuraninya berasa kosong.
Foto: IG
“Sebenarnya dah lama nak pakai tudung, tapi mungkin Allah tak gerakkan hati lagi waktu itu. Sebelum Covid-19, kita selalu sibuk dengan kerja, sampaikan kadang-kadang terlepas atau tak sempat solat.
“Jadi bila duduk di rumah, rasa kosong dan seperti ada hilang sesuatu. Saya rasa, inilah juga yang dirasai ramai selebriti lain yang mengalami kekosongan itu iaitu Allah. Covid-19 sebenarnya membuatkan kita lebih dekat dengan Dia,” tuturnya.
Farah berkata demikian ketika muncul dalam satu sesi siaran langsung dalam Instagram bersama pelakon dan usahawan Tya Ariffin.
Tambah pelakon drama Titian Cinta itu, hatinya mula dijentik untuk bertaubat selepas menyedari dirinya culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah kerana tidak mengikut perintah-Nya, sedangkan terlalu banyak nikmat dan rezeki menyinggah hidupnya selama ini.
“Tuhan dah bagi macam-macam. Rezeki cukup, dapat kahwin dan ada anak. Dapat semua yang didoakan. Jadi kenapa saya tak nak tutup aurat dan ikut suruhan Dia? Padahal Tuhan dah bagi macam-macam.
“Sebab itu saya ambil keputusan berhijab kerana dari situ, lebih mendekatkan saya kepada-Nya. Bila dah berubah, saya pun jadi takut nak buat jahat, mengumpat dan dosa-dosa lain. Kalau ada rasa takut dalam hati, kita patut bersyukur, sebab kalau tiada, itu bahaya,” ujarnya yang mula mengenakan tudung sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini.
Pada masa sama, pemilik nama lengkap Farah Nabilah Saipuddin itu mendedahkan dia tidak merancang melakukan penghijrahan bersama rakan baiknya, pelakon Izara Aishah yang mencuri tumpuan ramai apabila tampil bertudung pada 13 Ogos lalu.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia menerima perkhabaran positif tersebut selepas Izara sendiri menghantar mesej dengan mengajaknya memakai tudung.
“Kami tak rancang langsung. Mula-mula saya yang perlahan-lahan cuba tutup aurat dengan memakai selendang. Tiba-tiba dia mesej ajak pakai tudung. Ceritanya sekarang, kita tak tahu siapa dulu yang dapat hidayah.
“Cuma saya sangat gembira dan kagum melihat perubahan dia walaupun pada awalnya terkejut juga. Untuk seorang wanita yang sangat seksi sebelum ini terus bertukar menutup seluruh badannya, pengajarannya jangan mudah jatuh hukum kepada seseorang. Kita kena bersangka baik dengan semua orang,” katanya lagi.
Sejak lebih sebulan lalu, dunia hiburan tempatan diserikan dengan banyak berita positif membabitkan selebriti terutama wanita yang mula melakukan perubahan dengan menutup aurat.
Mereka ialah pelakon Siti Elizad, Betty Rahmad, Nana Mahazan, Vicha Saywho dan penyanyi Fieya Julia. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
alah ramai je forumer x kesah pun masuk neraka sebab tak tutup aurat....dah byk amalan lain katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Kat umah nenek aku sapa tak pakai tudung ni pecah gegendang telinga.
Yang bertudung totap strok pecah arteri sebab mulut orang. |
|
|
|
|
|
|
|
khennnnzzzzzz
ko da ada semuanya yang diidam2 kan oleh acik2 kepam
nikmat mana lagi yang ko dostakannnn |
|
|
|
|
|
|
|
teringat gambar izara ngan kilafary dulu, now alhamdulillah 2-2 dah berubah ke arah kebaikan.. moga istiqomah |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni x Susah nk berubah sgt.. msa free hair bkn seksi pon.. tggal nk letak tudung ja atas kpla..
Mak dia pon btudung n slalu buat majlis agama kt rumah
Eh.. ada kna mgena ka mak btudung |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ler tu.. at least dah macam2 fesyen dah pki.. dah puas x heran.. sasha brp k tu pun dah pki tudung.. aku start pki tudung pun lepas kahwin bkn mcm bbnu hijabista..bertudung tapi tergedik gedik miang.. pastu begelek ala disco jahlop |
|
|
|
|
|
|
|
Meanwhile ada artis sblm bhijrah kemain daring lg fesyen , konon lepas ni tak merasa la seksi seksa . skrg berniqab nmpk bentuk hidung , mekap , baju kdg2 ikut bentuk bdn . |
|
|
|
|
|
|
|
semogaa sentiasaa istiqomah utk org2 yang dah berubah ke arah lebih baik tu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau doa x dimakbulkan, xpayah ikut suruhan tuhan la macam tu?
kena ingat, selain dari harta, partner, anak, banyak lagi nikmat yg kita jarang syukuri. Allah kejut bangun pagi solat subuh pon nikmat, sempurna anggota badan deria pon nikmat. keluarga kawan2x, udara yg disedut, bumi yg dipijak, negara yg xbergolak. jadi solat dan segala ibadat tu diwajibkan utk uji manusia tu bersyukur x dgn byknya nikmat2x yg Allah bagi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu, habis sudah fasa sheolss nak menyeksi lagipun kalau menyeksi pun dah jadi bini dan mak orang dah dekkk. Nak menyeksi untuk sape? Bila dah jadi bini orang, orang dah tak pandang dah pun. Kalau pandang pun jenis touch n go, buang boraih jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga istiqamah.. itu cabaran antara yg plg besar. Samada boleh makin tutup, atau makin terbuka. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah farah. semoga istiqamah dan bahagia bersama suami dan anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dulu pun walau rambut bebas pakaian sopan . Tinggal nak bertudung ja. Kalau kilafairy tu ya lah terkejut gak dr sexy gilo ke tutup2. Alhamdulillah lah kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni cantik bila pakai tudung
dulu pun tak sexy, senang lah tak payah tukar wardrobe 100% |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bertudung, tak shocking pun sbb dia bukan menyeksi though ada juga pakai skirt atas lutut dan baju ketat. Yg tk sangka2 bertudung di waktu muda ni mcm Kila dan Izara yg seksi dan urban, Sasha 30k yg pernah kontrobersi jd high class call girl dan preggy sebelum nikah dan Nana yg trendy. Kalo yg umur2 dah kertu pulak, iols surprised dgn Ella, Lynn, Mas Idayu, Lidyawati, Erra, Che Ta. Alhamdulillah ramai retis dah bertudung. Cumanya srg industri seni pun dah nak aktif semula, so kena la istiqomah. |
|
|
|
|
|
|
|
intan244 replied at 16-9-2021 01:17 AM
kalau doa x dimakbulkan, xpayah ikut suruhan tuhan la macam tu?
kena ingat, selain dari harta, part ...
Are you okay gurl? Marah betholll |
|
|
|
|
|
|
| |
|