View: 1479|Reply: 2
|
Patut Ke Ibu Hukum Anak Nakal Lari Bawah Terik Matahari Sampai Tak Cukup Nafas?
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menghukum anaknya berusia lima tahun berlari di bawah terik matahari dengan suhu mencecah 40 darjah celcius kerana tidak bersikap baik di sekolah.
Lapor NZ Herald, Katarina Rodriguez memaklumkan ia adalah alternatif mendisiplinkan anaknya.
Kredit foto: NZ Herald
Wanita itu memuat naik gambar dirinya berlari di laluan pejalan kaki bersama anak lelakinya yang kelihatan termengah-mengah dan seperti kehabisan nafas.
Kredit foto: NZ Herald
“Anak saya tidak mahu mendengar arahan guru ketika berada di sekolah. Dia buat bising dan tidak mahu dengar cakap.
“Sekarang, jom kita berlari di bawah suhu 40 darjah celcius,” katanya menerusi video yang dirakam sendiri.
Namun, tindakan itu mengundang kecaman ramai kerana boleh mendatangkan trauma selepas video tersebut tular dalam media sosial.
“Adakah anda pernah berfikir dia mungkin berusaha keras di dalam kelas kerana otaknya bergerak dalam keadaan berbeza dan sekarang anda hanya membuatkan dirinya menjadi lebih teruk,” tulis warga maya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bkn nk didik ank sgt. Tp semata2 sb content medsos. Tu yg gigih merakam {:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Nahhh sis
Buat diam2 jela
Dah macam kes youtuber minah ni dok paksa anak nangis padahal anak tu memang da nangis. nak yang nangis jenis melalak tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|