Satu tinjauan terhadap 1,000 penduduk Amerika Syarikat (AS) pada September mendapati satu daripada tujuh responden sanggup memutuskan persahabatan mengenai status vaksinasi Covid-19.
Tinjauan syarikat penyelidikan pemasaran, OnePoll Research mengenal pasti alasan kenapa individu sanggup memutuskan hubungan tersebut semasa pandemik.
Berhubung soalan mengenai vaksinasi, 66 peratus kehilangan kawan mengenai status sudah divaksin, sementara 17 peratus tidak bercadang langsung mengambil suntikan tersebut.
Gambar hiasan
Baki 14 peratus pula sanggup memutuskan hubungan persahabatan akibat enggan mengambil suntikan vaksin.
Sebanyak 97 peratus individu sudah divaksin menamatkan hubungan sebagai kawan kerana beranggapan bekas rakan mereka sebagai ‘anti-vaksin’ yang tidak pernah memahami kepentingan vaksin yang terbukti selamat dan berkesan.
Tinjauan sama turut bertanyakan soalan kepada individu yang tidak menerima suntikan vaksin.
Kebanyakan mereka berkata ia adalah hak peribadi dan selebihnya menzahirkan ketidakpercayaan terhadap vaksin yang berpotensi menyebabkan kesan sampingan.
Post time 18-9-2021 07:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat group Taman perumahan iols ni ada sekor bangsat duk post2 kononnya surat Arab Saudi x iktiraf vaksin Sinovac. Pastu yg puak2 sinovac pun terasa lah duk pertahan vaksin mereka. Pastu yg puak Pfizer duk melaung dorang vaksin kayangan yg paling baik dan selamat. Aku duk perati je perangai sekor2. Mcm budak2. Ko dapat vaksin apa pon kalo Tuhan ko lata ko mampos jap lagi mampos jugak..
Post time 19-9-2021 07:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Alhamdulillah aku ada kawan yang tak menonjol sangat bab-bab dia antivac ni dan kami respect pilihan dia. Bagus kawan ngn org mcm ni sebabnya banyk ilmu supplement / petua yang bagus-bagus korang boleh dapat. Kawan aku ni juga helpful sangat. Asal tanya je dia mesti jawab. tak ada pulak duk hasut supaya xyah vac
Post time 19-9-2021 09:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang perangai begini species budak budak... Sekadar gaduh sikit sikit sudah lah sehingga putus kawan too much...
Tetapi memang ada akak jumpa makhluk begini jenis ber kawan ada clan... Jika 1 orang dalam clan tidak suka 1 person habis dia bawa cerita kepada kawan lain supaya avoid that person.... Sedang kan orang lain tiada issue dengan person ikut.... Perangai hauk sekor sekor...