‘Berpantang maut sebelum ajal’, seorang kanak-kanak berusia enam tahun di India dilaporkan masih hidup selepas dipatuk dan dibelit ular tedung pada bahagian lehernya selama dua jam.
Lapor NDTV, kejadian mengejutkan itu berlaku di kampung Wardha, Maharashtra.
Kredit foto: YouTube
Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Purvi Gadkari itu dilaporkan sedang tidur ketika kejadian.
Rakaman video yang menunjukkan mangsa dalam keadaan dibelit ular berbisa itu pada bahagian lehernya menjadi tular di laman sosial.
Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat sedang tidur dan seekor ular tedung secara tiba-tiba menjalar di atas badannya.
Ular tedung itu kemudian mematuk bahagian tangan mangsa.
Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat mendengar nasihat ibu bapanya dan baring tanpa melakukan sebarang pergerakan selama hampir dua jam.
Purvi juga diminta untuk bertenang dan tidak panik ketika ular tedung itu membelit lehernya.
Mangsa kemudian dipatuk ular sekali lagi di bahagian tangannya sebelum meninggalkan kanak-kanak tersebut.
Purvi dikejarkan ke hospital berhampiran dan dirawat selama empat hari dan berjaya diselamatkan.
Post time 20-9-2021 11:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kelip2_07 replied at 20-9-2021 10:32 AM
aikk..dlm tempoh 2 jam tu mmg xde buatn ape2 ke..kita kt cni pggl bomba ke jpam ke
Benda ni silap2 kat pedalaman India, kudos to mak bapak sbb bertindak secara betul, tak panik tak tentu pasal... Pihak penyelamat mungkin amik masa lama untuk sampai
Post time 20-9-2021 11:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin ular tu cuma bagi "dry bite" which was patuk tanpa inject bisa... Mostly ular tak inject bisa kalau dia tak terancam atau nak makan mangsa... Dia pun kena jimat2 bisa dia sbb ambik masa nak reproduce bisa tu