View: 6961|Reply: 41
|
Lelaki Meraung Tengok Mayat 3 Anak Dibunuh Isteri Selesai Jalani Kuarantin
[Copy link]
|
|
Suara raungan seorang bapa menggemparkan sebuah kawasan kejiranan di New Zealand selepas mendapati tiga anak perempuannya terbunuh di kediaman baharu mereka di Timaru, wilayah Canterbury.
Menurut jiran yang mendengar tangisan pakar bedah ortopedik, Graham Dickason, lelaki itu seperti hilang akal susulan penemuan mayat anak kembarnya, Karla dan Maya berusia dua tahun bersama kakak mereka, Liane, 6, ketika kejadian pada malam Khamis lalu.
Susulan insiden menggemparkan itu, isterinya, Lauren, 40, dihadapkan ke Mahkamah Daerah Timaru pada Jumaat atas pertuduhan membunuh.
Wanita itu tidak membuat sebarang pengakuan dan kini ditempatkan di unit kesihatan mental sehingga perbicaraan seterusnya di Mahkamah Tinggi Timaru pada 5 Oktober depan.
Hakim Dominic Dravitzki mengarahkan laporan di bawah Akta Jenayah New Zealand untuk mengesahkan keadaan kesihatan mental Lauren ketika pembunuhan tersebut.
Pasangan yang telah berkahwin selama 15 tahun itu dilaporkan baru selesai menjalani kuarantin wajib Covid-19 selama 14 hari di sebuah hotel selepas berpindah ke negara itu dari Afrika Selatan.
'Kami terdengar bunyi bising dan esakan Dickason selepas beliau kembali ke rumahnya," ujar jiran mereka, Jade Whaley.
Seorang lagi jiran yang prihatin, Karen Cowper pula berkata, lelaki tersebut meraung seperti diserang histeria dan hanya membisu apabila kami bertanyakan tentang keadaannya.
"Dia terpaksa ditenangkan seorang doktor yang tinggal berhampiran. Polis yang tiba kemudiannya membawa isterinya ke hospital," jelasnya.
Sementara itu, bekas jiran mereka di Afrika Selatan yang enggan identiti didedahkan memberitahu, pasangan itu begitu menyayangi anak mereka.
"Mereka sangat bersyukur kerana dikurniakan tiga zuriat itu berikutan pernah berdepan kesukaran untuk hamil sebelum ini," katanya.
Bekas pengasuh mereka di Pretoria dikenali sebagai Mendy Sibanyoni juga mengesahkan pasangan itu bukan keluarga bermasalah.
Setakat ini, punca kematian ketiga-tiga anak pasangan itu tidak didedahkan.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Covid psychosis ke |
|
|
|
|
|
|
|
aw that brings tears to my eyes ..hw could she do this? |
|
|
|
|
|
|
|
Sian nye.. stress jaga ank sorang2 ke caner..? |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat replied at 20-9-2021 02:58 PM
Kesiannya. Covid psychosis ke
Dia bukan covid kan depa kuarantin wajib 14 hari sbb baru sampai dr afrika selatan.
Pindah nak duk NZ plak, jiran2 pun tak sempat kenal lagi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg kata NZ ni negara aman,
jarang berlaku keganasan, gaduh2 ( dlm news la )
tp sekali saiko diorang datang, bahaya juga, bunuh terus...
|
|
|
|
|
|
|
|
Murung sbb kena kurung kot |
|
|
|
|
|
|
|
aduhh..comel plak tu anak2 dia
blh jd gila laki tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya ayah pada anak2nya |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya kat budak2 tu. Mesti stress melampau sampai tak boleh berfikiran waras. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa di x suka pindah NZ |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..takut nt dia pulak yg murung lalu bunuh diri. Dh la nk dpt anak punya susah |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat replied at 20-9-2021 02:58 PM
Kesiannya. Covid psychosis ke
Ade ke covid psychosis? |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...ssdihnya baca |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengok gambar memang nampak happy. & kita tak tau jugak apa jadi behind camera ke apakan.. kesiannya anak-anak kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Ke mmg ada masalah sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|