View: 2832|Reply: 19
|
Tak Ada Ritual Pun Kena Rasuk, Zalif Sidek Cerita Penangan Ulek Mayang
[Copy link]
|
|
Zalif Sidek berkongsi pengalaman seram ketika menjalani penggambaran episod Ulek Mayang untuk drama bersiri seram, Malaysian Ghost Stories apabila rakan artisnya, Neera Azizi dirasuk.
Zalif ketika dihubungi berkata, itu adalah pengalaman paling menakutkan sepanjang 36 tahun kehidupannya dan selama dia aktif bekerja sebagai pelakon.
"Sepanjang 36 tahun saya hidup, ini kali pertama saya berdepan situasi paling menakutkan dan melihat sendiri orang dirasuk.
"Kejadian berlaku ketika kami menjalani babak persembahan Ulek Mayang di Perak baru-baru ini," katanya kepada Harian Metro.
Foto: IG
Berkongsi mengenai kejadian itu, Zalif yang juga anak kelahiran Terengganu berkata, pengarah tidak mengadakan sebarang 'ritual' kerana itu adalah syirik.
"Seperti yang kita semua sedia maklum, tarian Ulek Mayang ada mistiknya yang tersendiri. Namun begitu, pengarah Eoon Shuhaini tidak mahu mengadakan sebarang ritual untuk mengelakkan perkara syirik.
"Sesi latihan berjalan di sebelah petang dan penggambaran untuk babak itu berjalan sekitar jam 10 malam. Tapi, sebelum penggambaran, kami dah nampak kelainan pada Neera.
"Dia duduk sendirian dan sesekali mendendangkan melodi lagu Ulek Mayang. Ketika penggambaran, tariannya kelihatan begitu sempurna, sedangkan dia baru sahaja menjalani latihan pada petang itu," katanya.
Tidak lama selepas itu, Neera mula meronta-ronta dan ingin lari menuju ke arah laut.
"Bila dia dah mula meronta nak lari ke arah laut, kru pakaian cuba memegangnya sementara menunggu ketibaan ustaz yang dijemput untuk membantu.
"Sepanjang proses itu, ada beberapa perbualan antara Ustaz Fahmi dengan 'benda' itu yang ada dalam diri Neera. Dari situ, kami dah tahu bahawa yang bercakap bukanlah Neera.
"'Benda' itu marah kerana kami masuk ke kawasannya dan tak berikan 'hadiah' kepadanya," katanya.
Namun, proses penggambaran tetap diteruskan selepas semuanya selesai.
"Apabila Neera beransur pulih, dia diberikan rehat buat sementara waktu. Apabila dia tersedar, dia tak tahu apa yang berlaku. Penggambaran tetap diteruskan pada malam itu juga sekitar jam 3 pagi," katanya.
Selain Neera, empat lagi penari artis kebudayaan negeri Perak turut menjadi mangsa kerasukan. Dua pelakon lain, Ara Johari dan Didi Astillah juga hampir dirasuk, namun sempat ditenangkan oleh Ustaz Fahmi.
Zalif juga turut memuat naik potongan video ketika Ustaz Fahmi membantu Neera yang meronta akibat kerasukan.
Episod Ulek Mayang akan ditayangkan pada malam ini, jam 11 malam di Astro Ria. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Iols percaya je cerita dia ni, sebabnya yang kena rasuk tu Neera, bukan dia.
Hantu mana yang gila takde taste nak rasuk si gundu kepam ni, iols tengok muka dia pun nak tampar je rasa dekat iklan TV tu walaupun dia takde dosa apa dengan iols. Sekian. Kalau betul puteri2 mengulik tu nak rasuk, baik la dia pilih yang herlok2 sikit macam Syafi Tee ke, kurang2 boleh buat lauk. Ni kalau ambil yang gemuk ni boleh buat pelampung je la. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 20-9-2021 07:37 PM
Iols percaya je cerita dia ni, sebabnya yang kena rasuk tu Neera, bukan dia.
Hantu mana yang gila ...
Berdekah iols ketawa dgn ketelusan kak dud.hahahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
meols percaya bab ritual ulek mayang ni...sbb meols pernah mengalami sendiri. Meols n group ada task, kena record lagu2 rakyat..masa record tu...meremang bulu segala bulu..tp meols teruskan. weols 3 org kena rakam suara memasing, bila siap record..dgr la balik..utk touch up..meols dgr org mengilai dlm tu masa part bridge..dgr skali lg still ada, pastu meols suruh kwn meols dgr...dorang pun dgr n gigil trus! Smpai skrang recording tu meols private x publish..tanya roommate meols budak pata timur, dorang ckp lagu tu mmg menyeru semangat laut..lebih kurang gitu lah..sapa x lembik mmg mudah kena rasuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ulek mayang jangan dibuat main. Lagu itu sendiri adalah ritual. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana bdeo kena rasuk tu?? Takkan takde.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat radio apa entah yg malam2 asa segmen cerita hantu tu.. dj tu suka nau pasang lagu ulrk mayang ella tu. Mzz rasa mcm nak terajang je radio tu walaupun diri sendiri yg gatal tidur x tutup radio.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols masa sekolah dulu jumpa note lagu Ulik Mayang. Petang2 tiup rekoder. Masa budak2 tak rasa seram sangat walaupun rumah sebelah pernah ada gangguan. Kalau sekarang memang tak lah nak ingat Ulik Mayang tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ella hada mistik2 tak masa nyanyi balik lagu Ulek Mayang tu? Atau hantu pun tak tingin merasuk Ella karna menyampah dengar rendition 'Ella ghase' sheol? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-9-2021 08:42 PM
Ella hada mistik2 tak masa nyanyi balik lagu Ulek Mayang tu? Atau hantu pun tak tingin merasuk Ella ...
Ak ada terbaca sbb lagu tu Ella x Ikut urutan yg betul.. Atau lagu tu x abis... Tu yg menyebabkan mentera x sempurna..
Gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian Ghost Stories ni nama buku cerita seram kan. Zaman budak2 dulu selalu layan bersiri2 |
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 20-9-2021 08:51 PM
Ak ada terbaca sbb lagu tu Ella x Ikut urutan yg betul.. Atau lagu tu x abis... Tu yg menyebabkan ...
Patut la. Kalau tak mati la kita mengilai2 kerasukan kan kalau dengar lagu tu kat radio. |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma replied at 20-9-2021 08:16 PM
Teringat radio apa entah yg malam2 asa segmen cerita hantu tu.. dj tu suka nau pasang lagu ulrk maya ...
Lawak la mzzz.. dah la selection lagu2 hantu terhad.. ada pun pulangkan, ku seru.. kalau dj mainkan lagu peluang kedua, tu baru kelaut |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-9-2021 08:42 PM
Ella hada mistik2 tak masa nyanyi balik lagu Ulek Mayang tu? Atau hantu pun tak tingin merasuk Ella ...
Sekali dia pusing kiri kanan, dengan rambut panjang, dia boleh libas hantu tu sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Pengangan tu apa? First time jumpa perkataan ni |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-9-2021 08:53 PM
Patut la. Kalau tak mati la kita mengilai2 kerasukan kan kalau dengar lagu tu kat radio.
Actually klu Ella yg kesurupan mase tu mesti comel kan.. Mase tu la.. Bukan skang.... Hahhaaa...
Beza ngn Ellie suriati yg kesurupan... Dia normal pun da seram... Klu kesurupan kenot imagine habhaaa |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 20-9-2021 08:37 PM
Sis @jargon pernah kenal Neera.
Kenal neera tp lg kenal akak neera which is satu batch dlu..neera ni kene tamat contract ngam2 2tahun..okla dia resign pon dia ada job acting,yg kita2 ni hrpkan schedule domestik jela dlu..cuti2 buat la lalamove..atleast neera kerja glemer uolsssss..payment skali masuk slepuk pon 2 bulan gaji malindo tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Benda' itu marah kerana kami masuk ke kawasannya dan tak berikan 'hadiah' kepadanya," katanya.
Acik2 invisible pun nak rasuah hocceyyy |
|
|
|
|
|
|
|
free marketing dah kat sini |
|
|
|
|
|
|
| |
|