Bagi pasangan suami isteri, tentunya saat menyambut kelahiran anak adalah detik paling menggembirakan.
Namun pasangan dari Bangladesh ini diuji apabila bayi kedua mereka mengalami sindrom Progreria atau mengalami penuaan lapan kali cepat berbanding orang lain.
Akibat sindrom yang dialaminya, wajah bayi tersebut kelihatan seperti seorang berusia 80 tahun.
Foto: Agensi
Kulit bayi itu sangat berkedut dan tubuhnya dipenuhi bulu roma.
Bapa bayi tersebut, Biswajit Patro bagaimanapun tidak merasa sedih dengan keadaan bayinya.
"Bayi itu kelihatan tua kerana bapanya juga nampak lebih berumur daripada usianya. Saya hanya berharap bayi itu panjang umur dan sihat," kata bapa saudara bayi berkenaan, Arabindu Mondal.
Kebanyakan pesakit Progreria kebiasaannya akan meninggal dunia pada usia sangat muda.
Namun menurut keterangan doktor, ketika ini keadaan ibu dan bayi berkenaan sangat stabil. -CARI
semalam baru tertengok kat indon ada 1 family adik beradik kecuali sorang muka macam ni. ingatkan yang progeria tu tapi facial deformation nampak lain. baru first time tau barber say ni